Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar rakyat bersedia melakukan pengubahsuaian untuk menerima budaya kerja, budaya sosial dan budaya hidup yang baharu susulan penularan wabak COVID-19.
Baginda bertitah budaya kerja dalam usaha membendung penularan dan meminimumkan pendedahan kepada virus akan merubah tingkah laku dan norma sosial serta bakal melahirkan 'kebiasaan baharu'.
"Cara bekerja, cara berurus niaga, cara mengurus kewangan, cara beribadah, cara keraian, cara berekreasi dan cara menjalani kehidupan seharian akan berubah," demikian titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Tahun ketiga, Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah pengorbanan setiap rakyat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat diperlukan untuk membolehkan negara menewaskan ancaman COVID-19 yang menyerang kehidupan warga, menjejaskan alam pendidikan serta mengganggu dunia pekerjaan.
"InsyaAllah kejayaan warga menangani ancaman ini secara berkesan, akan membolehkan negara kembali membina kejayaan hari esok dan masa hadapan yang lebih gemilang," titah Sultan Perak.
Sebagai menghargai jasa serta pengorbanan barisan hadapan dalam memerangi penularan COVID-19, Sultan Nazrin turut mengajak semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta yang berada dalam dewan supaya berdiri dan memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda apresiasi kepada wira-wira negara.
"Kakitangan Kementerian Kesihatan membuktikan kepada warga bahawa mereka adalah aset amat berharga kepada negara, kepada bangsa.
"Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak antaranya polis, tentera, bomba, Rela, Jabatan Kebajikan Masyarakat, penjawat awam dan badan-badan media yang masing-masing memainkan peranan penting dalam mengekang penularan COVID-19," titah Sultan Nazrin.
Baginda turut merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada Pakatan Harapan (PH) kerana khidmat terbaik selama 22 bulan menjunjung amanah dan memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat.
Kepada pentadbiran baharu, Sultan Nazrin bertitah: "Kepercayaan Beta yang mahukan sebuah pentadbiran yang amanah dan berintegriti hendaklah sentiasa dijunjung. Harapan rakyat yang mahukan barisan pemimpin bersih, tidak menyalahgunakan kuasa, wajib dipenuhi.
"Berpada-padalah berpolitik, berpolitik biar ada sempadannya, kebajikan rakyat jangan dikorbankan dan masa hadapan negeri jangan dimusnahkan kerana kepentingan peribadi, percaturan politik yang keterlaluan atau dorongan sifat tamak serta haloba untuk mengumpulkan kekayaan diri, bagaikan tidak mengenal batasan".
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 12 2020

Sultan Perak ketika hadir merasmikan Mesyuarat Pertama, Tahun ketiga, Dewan Undangan Negeri Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Rakyat perlu sedia terima kebiasaan baharu dalam kehidupan - Sultan Nazrin
Baginda bertitah budaya kerja dalam usaha membendung penularan dan meminimumkan pendedahan kepada virus akan merubah tingkah laku dan norma sosial serta bakal melahirkan 'kebiasaan baharu'.