KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia secara umumnya bersetuju bahawa bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu tanggungjawab, akauntabiliti dan keadilan yang perlu dipenuhi oleh para peminjamnya.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.
"Malangnya kita berdepan dengan keadaan ramai yang tidak bertanggungjawab, yang menyebabkan tidak ada keadilan. Maknanya dia dah pinjam dahulu untuk belajar, bila dia dah berjaya dan dah ada kerja, dia tak bayar.
"Jadi ini menimbulkan masalah bukan sahaja kepada PTPTN yang terpaksa menanggung hutang yang besar malah yang lebih dahsyat, dia mengganggu peluang orang lain yang nak meneruskan pelajaran," katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam Khamis.
Justeru, beliau menggalakkan orang ramai untuk hadir ke Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil mulai esok hingga Ahad bagi mendapatkan khidmat konsultansi untuk menguruskan pembayaran selain menikmati diskaun bayaran balik sehingga 15 peratus.
"Kerajaan telah meluluskan diskaun ini bermula 14 Okt 2023 hingga 31 Mac 2024 namun masih ramai yang tidak mengambil peluang ini. Bagi pengunjung yang membuat bayaran semasa program berlangsung, ada hadiah istimewa yang diberikan selain diskaun.
"Selain diskaun PTPTN, urusan pembukaan akaun serta penambahan deposit simpanan SSPN juga turut disediakan," katanya.
Mengenai tawaran secara terus bagi kemasukan ke universiti awam, politeknik dan kolej komuniti terpilih, Yusof berkata bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat pengajian boleh hadir ke reruai Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
"Sila bawa bersama kad pengenalan dan salinan SPM bagi kemasukan ke Program Sepenuh Masa Sesi II 2023/2024. Bagi calon yang tiada SPM dan berminat untuk sambung belajar juga dialu-alukan untuk hadir ke reruai KPT
"... sebab di sana kita ada program di bawah Kolej Komuniti yang kita namakan sebagai Pembelajaran Sepanjang Hayat, ini juga akan berikan peluang kepada mereka yang tiada kelulusan minimum untuk mendapatkan peluang kedua di bawah program Kolej Komuniti," katanya.
Terdahulu, KPT dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan akan menawarkan sebanyak 24,500 tempat pengajian di politeknik, kolej komuniti dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Tawaran itu meliputi 24,000 tempat pengajian secara tawaran terus ke program peringkat diploma dan sijil di politeknik atau kolej komuniti terpilih manakala 500 lagi di lima program pradiploma UiTM untuk pemohon terutama daripada golongan B40.
Yusof juga berharap orang ramai hadir bagi memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI khususnya ke reruai KPT serta menikmati khidmat dan tawaran yang disediakan.
"Kita di peringkat KPT harapkan supaya program yang telah disusun ini untuk rakyat supaya mereka dapat mengetahui dengan lebih meluas mengenai usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI.
"Sumber maklumat yang sahih amat penting untuk diperoleh jadi sebab itulah melalui program seperti ini... tujuan kita untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat dan mereka dapat bertemu serta bersemuka dengan pihak kementerian, jabatan dan agensi yang bertanggungjawab supaya melalui perkongsian ini, kita dapat membangunkan negara secara bersama," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.
Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.
PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.
Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.
PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.
KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.
180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.
PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.