SUNGAI PETANI: Beberapa wad di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, terpaksa ditutup sementara berikutan 30 kakitangan hospital terbabit didapati positif COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, menjelaskan hospital itu tidak ditutup dan masih beroperasi, sebaliknya penutupan hanya membabitkan wad tertentu sahaja untuk sanitasi.
Katanya, bahagian perkhidmatan kecemasan terus beroperasi seperti biasa.
Jelas beliau, terdahulu pihak hospital mendapati terdapat kakitangan terdiri daripada doktor, jururawat dan pekerja bahagian pembersihan hospital berkenaan positif COVID-19.
"Hospital tak ditutup cuma wad yang terbabit itu ditutup untuk sanitasi... untuk buat pembersihan.
"Selain itu, jadual janji temu di bahagian pesakit luar (OPD), klinik pakar disusun semula.
"Bagi pembedahan kecemasan dan kes kecemasan lain, pesakit yang perlu datang ke hospital boleh datang seperti biasa, tiada masalah. Cuma kes-kes biasa di OPD (dan klinik pakar) kita tak terima buat masa sekarang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Beliau mengulas mesej yang tular mendakwa HSAH ditutup selepas 100 kakitangannya dijangkiti COVID-19 varian Delta yang dikesan di India dan varian Beta yang dikesan di Afrika Selatan.
Mesej itu turut menyatakan kononnya terdapat arahan daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) agar hospital hanya mengambil dan merawat kes kecemasan sahaja berikutan penularan virus varian berkenaan.
Sementara itu, Dr Mohd Hayati meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan kejadian ini kerana ia sedang dikendalikan JKN dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jul 07 2021

HSAH tidak ditutup sepenuhnya dan masih beroperasi, sebaliknya penutupan hanya membabitkan wad tertentu sahaja untuk sanitasi. - Gambar/ Astro AWANI

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Gangguan sistem: Hospital Sultan Abdul Halim aktifkan BCP
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani telah mengaktifkan pelan kesinambungan perkhidmatan (BCP) secara berperingkat.

KKM siasat dakwaan kematian pesakit tidak terima rawatan tepat
KKM akan menyiasat dakwaan berhubung kematian seorang pesakit lelaki yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di HSAH.

Deretan empat rumah hangus dalam kebakaran
Keempat-empat buah rumah kelas A itu mengalami kemusnahan lebih 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Wanita OKU ditemui mati di bilik sewa, kakak ditahan
Hasil siasatan awal mangsa berusia 29 tahun itu dipercayai tinggal di bilik sewa di rumah itu bersama kakaknya sejak Disember lalu.

Lelaki maut kereta dihempap pokok tumbang
Mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

Warga emas dijumpai meninggal dunia depan rumah kedai
Pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan lelaki warga emas itu yang berusia 73 tahun dalam keadaan terduduk, turut ditemui di samping mangsa ialah sebuah basikal disyaki miliknya.

'Saya akan ditidurkan, maafkan semua' - Status terakhir penyanyi lagu asli sebelum meninggal dunia
Allahyarham merupakan penyanyi lagu-lagu asli dan pemenang tempat ketiga pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada 2009.

42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim positif COVID-19
Seramai 42 kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dikesan positif COVID-19 sehingga hari ini, kata Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo.

Ramai doktor, jururawat dijangkiti COVID-19, wad Hospital Sultan Abdul Halim ditutup sementara - Exco
Datuk Dr Mohd Hayati Othman, menjelaskan hospital itu tidak ditutup dan masih beroperasi, sebaliknya penutupan hanya membabitkan wad tertentu sahaja untuk sanitasi.

62 sukarelawan jadi individu terawal terima suntikan vaksin kajian klinikal COVID-19
Jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada 375 individu yang disasarkan menjadi sukarelawan bagi proses penerimaan suntikan kajian klinikal vaksin COVID-19.