KUALA LUMPUR: Rapid KL mengumumkan penyusunan semula laluan bas di Koridor Jalan Ipoh dan Jalan Pahang yang melibatkan empat laluan dipendekkan, dua laluan ditamatkan dan satu laluan disusun semula berkuat kuasa 17 Mei ini.
Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan pada Isnin berkata empat laluan yang dipendekkan adalah laluan 170, 191, 200 dan 201 manakala laluan yang disusun semula adalah Laluan 251 sementara dua laluan yang ditamatkan adalah Laluan 172 dan 690.
"Penyusunan semula laluan ini dibuat selepas kajian terperinci berdasarkan kepada jumlah penumpang yang rendah di samping pertindihan perkhidmatan dan kehadiran pengangkutan awam alternatif untuk pengguna seperti perkhidmatan bas GOKL, perkhidmatan Monorel dan LRT.
"Ia membolehkan kami menggunakan bas secara lebih cekap dengan meningkatkan kekerapan beberapa laluan lain sesuai dengan permintaan bagi membantu memastikan kelestarian operasi secara keseluruhan dan terus menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dengan sumber yang sedia ada," katanya.
Laluan yang dipendekkan adalah laluan 170 melibatkan Hab Wira Damai-BSN Lebuh Ampang yang dipendekkan kepada LRT Sentul, laluan 191 (Taman Sri Segambut-Monorel Chow Kit), laluan 200 (UIA Gombak-Monorel Chow Kit) dan laluan 201 (Bt 12 Gombak-LRT Sentul).
Laluan yang disusun semula melibatkan laluan 251 (AU3 Jentayu-Monorel Chow Kit) dan laluan yang ditamatkan membabitkan laluan 172 (Taman Greenwood-Sogo,KL) serta laluan 690 (Pudu Sentral-Terminal Bersepadu Selatan).
Menurut kenyataan itu, penyusunan semula laluan bas ini merupakan proses rasionalisasi laluan bas secara berperingkat yang dilaksanakan sejak 2018 bagi mengoptimumkan sumber dan aset di samping menangani cabaran dan kekangan akibat penularan wabak COVID-19 ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021

Penyusunan semula laluan bas merupakan proses rasionalisasi laluan bas secara berperingkat yang dilaksanakan sejak 2018 bagi mengoptimumkan sumber dan aset. - Gambar hiasan
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Rapid KL susun semula laluan bas Koridor Jalan Ipoh, Jalan Pahang
Empat laluan yang dipendekkan adalah 170, 191, 200 dan 201 manakala Laluan 251 disusun semula sementara Laluan 172 dan 690 ditamatkan.