GEORGE TOWN: Rapid Penang bakal memulakan perkhidmatan bas dua tingkat bermula 1 Feb ini selaras dengan imej baharu sistem pengangkutan di Pulau Pinang.
Menurut Jurucakap Rapid Bus Sdn Bhd, pengoperasian bas dua tingkat akan dilaksana di laluan 301 dari Terminal Bas Weld Quay ke Relau dan 302 dari Terminal Bas Weld Quay ke Batu Maung berikutan kedua-dua laluan mempunyai permintaan serta kapasiti penumpang yang tinggi.
"Pengoperasian bas dua tingkat ini mampu membawa 108 penumpang pada satu-satu masa malah bas yang berkonsepkan akses universal ini juga dilihat mampu menangani permintaan dan kapasiti penumpang tinggi di sesetengah kawasan," menurutnya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menyebut inisiatif tersebut dijangka mampu meningkatkan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang.
"Para penumpang juga boleh menggunakan aplikasi PULSE yang dibangunkan oleh Prasarana yang dapat dimuat turun daripada Google Play dan App Store bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Rapid Bus untuk membantu mereka merancang perjalanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022

Rapid Penang bakal memulakan perkhidmatan bas dua tingkat bermula 1 Feb. -Bernama

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Bas Rapid Penang terbakar
Tindakan pantas pemandu bas Rapid Penang yang mengarahkan semua penumpangnya keluar daripada bas selepas menyedari enjin berasap menyelamatkan nyawa mereka daripada kejadian tidak diingini.

Pulau Pinang tawar 150,000 Pas Mutiara tahun depan
Pengguna pas itu dapat gunakan perkhidmatan bas Rapid Penang secara percuma di seluruh negeri Pulau Pinang bagi semua laluan dan setiap masa.

Rapid Penang sedia bas dua tingkat bermula 1 Feb
Rapid Penang bakal memulakan perkhidmatan bas dua tingkat bermula 1 Feb ini selaras dengan imej baharu sistem pengangkutan di Pulau Pinang.

PKP 2.0: Perkhidmatan rel, bas Prasarana beroperasi seperti biasa
Semua perkhidmatan rel transit dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa dari pukul 6 pagi hingga tengah malam ketika arahan PKP.

Prasarana optimis My30 mampu lonjak semula jumlah pengguna
Pas perjalanan tanpa had My30 yang diperkenalkan bermula hari ini untuk pengguna pengangkutan awam kendalian Prasarana di Lembah Klang dijangka dapat melonjakkan kembali jumlah pengguna perkhidmatan.

PKPB: Bas Rapid Penang kembali beroperasi sepenuhnya
Ketua Operasi Rapid Penang, Ahmad Shabuddin Abdullah berkata peningkatan jumlah bas itu sebagai persediaan kepada pembukaan sektor ekonomi susulan pelaksanaan PKPB di negeri itu hari ini.

Bas terjunam masuk longkang, penumpang cedera, pemandu tidak sedarkan diri
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Taman Teluk Air Tawar Indah menghala ke Pekan Kepala Batas.

Bekas Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang hadapi 41 pertuduhan rasuah
Bekas Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 41 pertuduhan rasuah.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang didakwa terima rasuah RM70,000
Ketua Pegawai Operasi Rapid Penang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM70,000 daripada sebuah syarikat, 20 April 2015.

Kereta bertembung bas Rapid Penang, pemuda maut
Seorang maut manakala dua cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas Rapid Penang.