KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) sedang meneliti tata cara pengoperasian Koc Wanita bagi mendidik orang ramai mengenai etika penggunaannya susulan pengenalan inisiatif itu di Aliran Transit Massa (MRT) Laluan Kajang sejak 18 Sept lepas.
Ketua Jabatan Operasi Perkhidmatan MRT Laluan Kajang Sofiah Hussien berkata pihaknya menerusi sukarelawan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) digelar Troopers dan Polis Bantuan sentiasa melakukan pemantauan secara berkala dalam tren dan di stesen bagi mengenal pasti individu yang 'menceroboh' Koc Wanita.
"Pengguna wanita juga boleh menegur secara berhemah pengguna lelaki untuk menukar ke koc biasa namun jika berterusan, mereka boleh mendapatkan bantuan daripada anggota Polis Bantuan atau kakitangan operasi selain atau terus menghubungi pusat khidmat pelanggan Rapid KL.
"Saya menyeru orang ramai agar dapat membantu dan menyokong MRT dengan memperingati antara satu sama lain tentang kepentingan dan sensitiviti koc khas ini untuk keselesaan bersama," katanya kepada Bernama.
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan keprihatinan seorang pekerja penghantar makanan yang meminta sekumpulan pengguna lelaki termasuk warga asing beralih daripada Koc Wanita sambil memberikan penjelasan dalam bahasa Inggeris mengenai koc khas tersebut.
Sofiah berkata pelaksanaan Koc Wanita bagi perkhidmatan MRT Laluan Kajang bertujuan memberi keselesaan dan menjaga keselamatan golongan wanita sebagai pengguna perkhidmatan berkenaan.
"Berdasarkan tinjauan umum, kami mendapati laluan ini menerima permintaan tinggi apabila 53 peratus pengguna terdiri daripada golongan hawa. Bagaimanapun, pelaksanaan ini akan dinilai selama tiga hingga enam bulan oleh pihak berkuasa sebelum sebarang keputusan diambil untuk dilaksanakan di laluan rel lain," katanya.
Koc Wanita terletak di bahagian tengah setiap tren MRT Laluan Kajang dengan menggunakan sebahagian koc dua dan tiga, serta mempunyai pelekat ikon wanita berwarna merah jambu dengan perkataan 'Wanita Sahaja'.
Selain itu, di platform pengguna juga telah disediakan ruang beratur dan menunggu berpelekat ikon wanita selain membuat pengumuman secara berkala di dalam tren dan di stesen-stesen sebagai pemakluman kepada pengguna.
"Ia boleh digunakan oleh semua penumpang wanita pelbagai umur dan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ke bawah ditemani penjaga wanita manakala komuniti orang kurang upaya (OKU) termasuk penjaga diberikan keutamaan untuk menaiki mana-mana koc," katanya.
Bagaimanapun, Sofiah berkata semua penumpang akan dibenarkan menggunakan Koc Wanita sekiranya terdapat gangguan perkhidmatan selepas mendapat nasihat petugas di platform.
Beliau berharap semua pengguna MRT Laluan Kajang bersikap positif dalam menerima inisiatif berkenaan kerana ia bukan satu perkara baharu berikutan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan tren KTM Komuter telah memperkenalkan Koc Wanita pada April 2010.
"Saya menasihatkan semua pengguna wanita memanfaatkan sepenuhnya Koc Wanita terlebih dahulu bagi memberi ruang kepada pengguna lain menggunakan koc biasa," katanya.
Seorang pelajar jurusan Komunikasi Nur Fathin Mad Sidi, 25, berharap MRT perlu lebih giat melaksanakan kempen kesedaran mengenai koc wanita bagi membanteras isu pencerobohan terhadap koc khas itu.
"Rasa geram juga bila lihat golongan lelaki dengan selamba duduk di Koc Wanita. Bila ditegur, ada yang buat tidak tahu sahaja. Mungkin MRT perlu lebih kerap buat pengumuman atau pemantauan secara langsung di stesen," katanya.
Pekerja restoran makanan segera Fatin Anisa Said, 27, pula berkata pelaksanaan Koc Wanita membantu mengurangkan kes gangguan seksual dalam mod pengangkutan itu.
"Jujurnya, saya rasa lebih yakin dan selamat untuk menaiki MRT. Sekurang-kurangnya, kita dapat mengelakkan daripada berlakunya sentuhan fizikal antara lelaki dan wanita terutamanya pada waktu puncak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023

Pelaksanaan Koc Wanita bagi perkhidmatan MRT Laluan Kajang bertujuan memberi keselesaan dan menjaga keselamatan golongan wanita sebagai pengguna perkhidmatan berkenaan. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu
Rapid Rail memohon maaf kepada para penumpang di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami.

Kesesakan di Stesen LRT Jelatek berpunca masalah mekanikal tren
Masalah mekanikal pada tren menjadi punca berlaku kesesakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek seperti yang tular di media sosial pagi ini.

Pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya lancar, gangguan sistem sementara berjaya diatasi
LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi hari ini dengan stabil, walaupun terdapat gangguan sementara kepada sistem keselamatan bukan kritikal.

Eskalator terbakar di Jalan Ampang bukan seliaan Rapid Rail
Rapid Rail Sdn Bhd hari ini menjelaskan eskalator di Jalan Ampang di sini, yang terlibat dengan insiden kebakaran awal pagi tadi, bukan di bawah seliaan pihaknya.

Rapid Rail umum penutupan sementara Plaza Stesen LRT Masjid Jamek
Rapid Rail mengumumkan penutupan sementara kesemua pintu keluar atau masuk di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek mulai Khamis.

Kanvas tersekat bawah tren MRT, ramai terkandas
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan gangguan perkhidmatan MRT di Damansara apabila kanvas sebuah papan iklan terjatuh pada landasan.

Monorel Jalan Imbi-Hang Tuah dijamin selamat - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan perkhidmatan monorel antara stesen Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah adalah selamat.