KUALA LUMPUR:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mengakui, beliau kini sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka namun menafikan akan mengadakan majlis ijab kabul dalam masa terdekat.
Katanya, menjadi lumrah dalam kehidupan untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki, namun itu tidak akan menganggu fokusnya untuk terus berkhidmat kepada penduduk Ketari.
"Kalau saya kahwin nanti saya akan umumkan tetapi saya rasa fokus dan tumpuan harus diberikan terhadap pencapaian saya dalam membantu penduduk di DUN Ketari," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan turut menambah perkenalanya masih di peringkat awal namun jejaka berkenaan sangat memahami tugasnya yang menuntut masa dan usaha membantu rakyat.
Sebelum ini Ummi Hafilda Ali yang juga adik kepada Datuk Seri Azmin Ali dalam satu hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada Young Syefura kerana didakwa bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan.
Menurut hantaran itu, Young Syefura yang lebih dikenali sebagai Rara dikatakan bakal bertunang dengan jejaka tersebut pada Januari ini manakala majlis resepsi akan diadakan sekitar Mac.
Mengulas lanjut, Rara berkata, masyarakat sepatutnya memberikan tumpuan terhadap prestasi beliau sebagai ADUN Ketari berbanding soal peribadinya.
"Saya baru siarkan laporan tahun 2020 sebagai ADUN Ketari dan usaha yang dilakukan Pejabat DUN Ketari untuk penduduk, tahun depan Insya-Allah akan ada lebih banyak program akan dilakukan," tambahnya lagi.
Untuk rekod, Rara, 31, pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Masyur, seorang pengurus pelaburan pada 24 September 2016 namun pasangan tersebut bercerai talak satu pada 7 Mac 2019.
Hakim Rahman
Thu Dec 31 2020
![Rara mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka Rara mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609401880_youngsyefura.jpg)
Young Syefura Othman atau Rara mengakui sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka namun menafikan akan mengadakan majlis ijab kabul dalam masa terdekat. - Gambar fail
![Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739346401_tbTayyipErdoganPr.jpg)
Presiden Turkiye Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Bogor pada Rabu sempena lawatan rasminya ke negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
![Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739345572_TBSAPURA.jpg)
Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi komunikasi dan C2 Malaysia
Sapura dan Aselsan telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.
“Kalau masuk rumah orang bagi salam bah” - YB Kota Belud
Ahli Parlimen Kota Belud luahkan rasa kecewa apabila kedatangan Pengerusi LKIM ke Kota Belud untuk memberi bantuan dan melawat tapak projek tanpa pengetahuan beliau sebagai wakil rakyat di Kota Belud.
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Tapi saya tahu melalui media sosial beliau sahaja”
“Kalau begini cara kita bekerja, kita tidak akan kemana-mana. Tolong jangan jadikan PRN sebagai alasan”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump
“Saya mohon kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah”- YB Jerlun
Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan kerajaan mempertimbangkan tuntutan pesawah dengan mengekalkan subsidi, menaikkan harga padi, kekalkan kadar potongan padi semasa, salurkan benih padi dan baja kepada agensi kerajaan dan mengenal pasti orang dalam agensi kerajaan agar tidak menjadi tali barut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739339164_tbMoU.jpg)
KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739344427_TBBAGINDAALTANTUYA.jpg)
Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
![RUU Gangguan Seksual: Rara bidas Rina Harun, sifatkan tiada empati RUU Gangguan Seksual: Rara bidas Rina Harun, sifatkan tiada empati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631178915_ybrararina.jpg)
RUU Gangguan Seksual: Rara bidas Rina Harun, sifatkan tiada empati
Rara menggesa Rina dan pihak kementerian menyegerakan pembentangan RUU Gangguan Seksual di Parlimen untuk diluluskan dan dilaksanakan.
![Semoga perkahwinan ini bahagia sampai ke syurga - YB Rara Semoga perkahwinan ini bahagia sampai ke syurga - YB Rara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618044536_youngsyefura.jpg)
Semoga perkahwinan ini bahagia sampai ke syurga - YB Rara
Teka teki status perkenalan Rara dengan seorang Eksekutif Pengiklanan akhirnya terjawab selepas mereka selamat diijabkabulkan.
![Rara mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka Rara mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609401880_youngsyefura.jpg)
Rara mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka
ADUN Ketari, Young Syefura Othman mengakui beliau kini sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka namun menafikan akan mengadakan majlis ijab kabul dalam masa terdekat.
![Isu pelanggaran SOP PKPB: ADUN Ketari beri keterangan polis Isu pelanggaran SOP PKPB: ADUN Ketari beri keterangan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71604978540_YoungSyefura.jpg)
Isu pelanggaran SOP PKPB: ADUN Ketari beri keterangan polis
Dalam satu kenyataan, Young Syefura memberitahu beliau hadir bersama peguamnya Syahredzan Johan.