PARIT BUNTAR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan bergerak secara agresif bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyelaraskan dengan segera, sekali gus memastikan penempatan semua pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam program Matrikulasi.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kerajaan telah membuka peluang untuk rayuan pelajar ke Matrikulasi dalam usaha memberikan ruang pendidikan kepada semua pihak, selain mempertimbangkan semua pelajar cemerlang mendapat penempatan.
"Semua pelajar cemerlang kita akan tangani penempatan mereka di Matrikulasi dengan kerjasama daripada KPT. Jadi kita bergerak bersama dengan KPT secara agresif dan komprehensif serta mengambil semua pendekatan untuk memastikan semua pelajar cemerlang mendapat tempat. Insya-Allah.
"Semalam kita telahpun menerima kemasukan pelajar di peringkat Matrikulasi dan pada 5 Julai ini, kita akan terima pelajar peringkat rayuan dan seterusnya kita akan lihat selepas kita membuat penyelarasan dengan KPT, semua tempat ini akan diisi dengan segera," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Antibuli Peringkat Daerah Kerian 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Parit Buntar di sini hari ini.
Fadhlina berkata sistem KPM mempunyai maklumat semua pelajar cemerlang SPM dan penyelarasan penempatan Matrikulasi bagi mereka yang memohon akan dilakukan dengan segera.
"Jadi jangan risau, sudah ada dalam sistem kita yang sekarang dan ini yang kita nak buat penyelarasan berkaitan dengan penempatan yang akan kita selaraskan dengan segera," katanya.
Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan memberi jaminan semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, bermula tahun ini.
Perdana Menteri berkata keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas itu tidak akan mengganggu kuota pelajar bumiputera sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Fadhlina berkata penyelarasan penempatan Matrikulasi bagi mereka yang memohon akan dilakukan dengan segera.- Gambar fail/Bernama

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Disember 2024
Permohonan fasa satu pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2024, dibuka bermula 1 Dis ini hingga 28 Feb 2025.

Baki 712 pelajar cemerlang SPM ditawar program matrikulasi secara berperingkat
Baki 712 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tawaran ke program matrikulasi akan ditawarkan selewat-lewatnya minggu ketiga bulan depan.

MCA harap pelajar gagal rayuan ke matrikulasi diberi peluang kedua
MCA berharap pelajar yang gagal dalam rayuan bagi memasuki program matrikulasi diberi peluang kedua untuk melanjutkan pengajian.

1,000 tawaran khas Program Matrikulasi kepada pelajar kaum cina B40 - Maszlee
Kementerian Pendidikan mengumumkan seribu penawaran khas kemasukan ke Program Matrikulasi KPM kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada kaum cina berpendapatan rendah B40.