SEREMBAN: Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Dr Razali Ab Malik mendahului senarai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-75 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, hari ini.
Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Turut menerima darjah sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir.
Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Azizul Azmi Adnan, Pengerusi Perbadanan MAINS Razman Hafidz Abu Zarim dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Shazril Imri Mokhtar menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk.
Penghulu Luak Gunung Pasir Hanizam Harun pula antara tiga penerima Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk.
Dua lagi penerima ialah Pro Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Datuk Tunku Nooruddin Tunku Datuk Seri Shahabuddin serta Pengarah Urusan Ting's Dental Surgery Dr Ting Choon Ee.
Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada 15 penerima termasuk Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Ts Dr Sharifudin Md Shaarani dan Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Negeri Sembilan T. Arokiasamy.
Seramai 16 individu pula menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) termasuk Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Amino Agos Suyub dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Azuri Azizah Saedon.
Sementara itu, Tuanku Muhriz turut berkenan mengurniakan Darjah Pekerti Terpilih (DPT) kepada 22 penerima; Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) (69); Setiawan Tuanku Muhriz (STM) (tiga); Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) (139), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (241); Pingat Bentara Tuanku Muhriz (BTM) (14) dan Pingat Khidmat Lama (PKL) (13).
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini bagi sesi pertama, sesi kedua pada 31 Jan dan sesi ketiga pada 7 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023

Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri. - Foto fail/BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Razali ketuai 540 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Darjah Kebesaran Negeri Sembilan Pengarah Urusan Ritz Corporate Holding Berhad ditarik balik
Ia membabitkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Datuk kepada Ibrahim pada 14 Jan lepas.

Darjah kebesaran Negeri Sembilan kepada Najib dan Rosmah ditarik balik
Ia membabitkan pengurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) kepada Najib pada tahun 2005 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.5 bertarikh 2 Mac 2006.