SUNGAI SIPUT: Meredah hutan berbukit sejauh lebih dua kilometer dan meranduk sungai bagi mencari buluh lemang menjadi rutin kepada Orang Asli suku Temiar, Jaminan Alang, 36, sejak empat tahun lepas terutama ketika menjelang lebaran.
Bermula dengan hanya mengambil upah memotong buluh, Jaminan yang berasal dari Kampung Manggis, Pos Yum, di sini, memutuskan untuk mengusahakan sendiri jualan buluh lemang itu secara serius.
Menurutnya setiap kali menjelang hari raya dia menerima tempahan antara 4,000 sehingga 10,000 batang buluh lemang daripada pemborong dan penjual lemang di sekitar Ipoh.
"Sebelum masuk hutan saya dan beberapa pekerja lain akan buat persiapan terlebih dahulu iaitu kiraan berapa kali masuk untuk menebang buluh dan berapa ratus buluh untuk dikeluarkan dalam sehari," katanya ketika ditemui di lokasi menebang buluh di sini hari ini.
Jaminan berkata buluh di kawasan hutan sekitar kampungnya jenis yang sangat berkualiti dan sesuai untuk dibuat lemang kerana agak nipis membuatkan proses membakar lemang tidak mengambil masa lama.
"Satu rumpun buluh boleh dapat 30 hingga 40 batang buluh panjang sebelum dipotong mengikut ruas dan seorang pekerja biasanya akan potong 300 ruas sehari.
"Sebatang buluh lemang biasanya dijual pada harga RM1.40 hingga RM1.50 kepada pemborong atau peniaga kecil bergantung kepada saiz," katanya yang akan masuk hutan untuk mencari buluh lemang seawal dua minggu sebelum hari raya.
Jaminan berkata walaupun menyedari kerja-kerja mencari dan menebang buluh tugas yang agak mencabar, ia tidak menjadi halangan buat dirinya dan penduduk kampung yang lain demi mendapatkan rezeki buat keluarga.
"Masuk hutan ini memang risiko, namun kami bersyukur setakat ini tiada sebarang kecelakaan atau insiden malang yang berlaku.
"Setakat terguris buluh lemang itu sudah jadi kebiasaan bak kata orang 'alah bisa tegal biasa' termasuk meredah sungai dan berjalan turun naik bukit yang sudah menjadi rutin kami di sini," katanya yang turut berusaha memanfaatkan media sosial seperti TikTok dan Facebook bagi meningkatkan jualan buluh lemangnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
Orang Asli dari suku kaum Temiar meredah sungai ketika membawa buluh lemang yang sudah ditebang sewaktu melakukan kerja-kerja mencari buluh bagi memenuhi tempahan musim perayaan. -Bernama
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
Redah hutan, randuk sungai demi buluh lemang
Meredah hutan berbukit sejauh lebih dua kilometer dan meranduk sungai bagi mencari buluh lemang menjadi rutin kepada Orang Asli suku Temiar, Jaminan Alang, 36, sejak empat tahun lepas terutama ketika
Peniaga buluh lemang tingkat bekalan tampung permintaan menjelang Aidilfitri
Zulazrai Zokapaly terpaksa meningkatkan bekalan buluh lemang daripada 35,000 batang pada tahun lepas kepada 60,000 batang tahun ini.