KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas berhampiran rumahnya di Kampung Cheneh Baru di Kemaman kira-kira 3 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata sebelum ditemukan lemas, mangsa Muhammad Alimi Hashim, 15, dikatakan bermain air banjir di halaman rumahnya bersama dua adik beradiknya.
"Tiba-tiba mereka sedar mangsa hilang lalu memberitahu keluarga sebelum mencari dan terjumpa mangsa yang pada masa itu sudah lemas. Orang awam kemudian menghubungi pihak polis," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Menurutnya, kawasan rumah mangsa dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.
Beliau berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, Hanyan menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mengingatkan ibu bapa agar memantau anak-anak mereka kerana walaupun air cetek keadaan tetap berbahaya.
"Saya juga ingin menasihatkan penjala dan pemancing tegar, nak cari ikan dalam musim banjir ini pergilah, tapi tolonglah pakai jaket keselamatan. Perkara ini sudah banyak kali diingatkan pihak berkuasa ...tolong jaga keselamatan masing-masing di musim banjir ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata sebelum ditemukan lemas, mangsa Muhammad Alimi Hashim, 15, dikatakan bermain air banjir di halaman rumahnya bersama dua adik beradiknya. - Gambar fail/BERNAMA
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Remaja 15 tahun berhenti sekolah jaga ayah sakit, urus adik-adik di rumah
Ada ketika Nurul Khadijah bergilir-gilir dengan ibunya temani dan jaga bapa di wad.

Tiada unsur jenayah dalam kematian remaja OKU di Temerloh - Polis
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata kes melibatkan remaja berusia 15 tahun itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Remaja perempuan 15 tahun dirogol bapa saudara
Suspek yang berusia 34 tahun dan bekerja sebagai tukang aluminium telah direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan ikat jamin remaja didakwa bunuh bayi
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan remaja perempuan yang menghadapi tuduhan membunuh bayi lelaki baru dilahirkannya.

Tikam bayi sendiri: Mahkamah Tinggi tetap 8 Mac tentu kebenaran ikat jamin remaja
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan peguam tertuduh, hari ini.

Remaja 15 tahun korban pertama banjir di Terengganu
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas berhampiran rumahnya di Kampung Cheneh Baru di Kemaman kira-kira 3 petang tadi.

Kes tikam bayi: Pendakwaan boleh teliti, kaji semula keputusan pertuduhan - Jabatan Peguam Negara
Pihak pendakwaan masih boleh meneliti dan mengkaji semula keputusan pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan ke atas seorang remaja berusia 15 tahun yang didakwa membunuh anaknya.

Kes bayi maut ditikam: Polis buru lelaki rogol remaja 15 tahun
Polis memburu seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kes rogol seorang remaja perempuan di bawah umur.

Remaja 15 tahun maut dalam nahas jalan raya di Tok Jembal
Seorang pelajar maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal berkuasa tinggi yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan.