KAJANG: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang mengaku bersalah membakar seekor kucing di kawasan parkir sebuah pangsapuri Taman Sri Kenari di sini pada April lepas, diperintahkan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz memutuskan demikian selepas meneliti laporan akhlak remaja itu yang dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mahkamah turut memerintahkan remaja itu menjalani bengkel interaktif dianjurkan JKM dan sekatan keluar rumah bermula 10 malam hingga 6 pagi selama setahun.
Peguam Lee Teong Hooi yang mewakili tertuduh berkata semasa rayuan, anak guamnya yang menangis mengakui kesalahan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
"Dia memohon maaf kepada mahkamah dan meminta untuk didaftarkan ke sekolah dan bakal memulakan sesi pembelajaran tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim.
Remaja itu bersama dua lagi yang masih bebas didakwa secara kejam menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakar haiwan itu pada 1.08 petang, 22 April lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan tiga lelaki berada di tapak parkir motosikal flat berkenaan dan dua daripada mereka kemudian menyimbah dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum seorang daripada mereka menyalakan api dan membakar haiwan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Mahkamah turut memerintahkan remaja itu menjalani bengkel interaktif dianjurkan JKM dan sekatan keluar rumah bermula 10 malam hingga 6 pagi selama setahun. - Gambar fail/Bernama

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Remaja bakar kucing dikenakan bon berkelakuan baik setahun
Seorang remaja yang mengaku bersalah membakar seekor kucing di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Kajang diperintahkan bon berkelakuan baik.

Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.