KENINGAU: Seorang remaja dan seorang kanak-kanak yang dijaga sepasang suami isteri terpaksa menahan azab apabila didera secara fizikal sehingga mengalami kesan lecur pada badan dalam kejadian di sebuah rumah kedai di daerah ini.
Remaja lelaki berusia 13 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun itu masing-masing mengalami kesan lecuran pada badan akibat ditekap menggunakan seterika dan terkena air panas serta dipukul menggunakan kayu dan besi.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu lelaki pada Khamis yang mengesyaki bahawa mangsa telah didera.
"Menurut pengadu, dia menyedari terdapat kesan luka pada mangsa remaja lelaki pada Selasa lalu ketika dia didatangi remaja tersebut di sebuah kedai snooker.
"Pada keesokan harinya, pengadu telah menerima gambar daripada rakannya berkaitan kesan luka seperti terkena seterika pada badan mangsa dan mengesyaki bahawa mangsa telah didera oleh seseorang sebelum tampil membuat laporan polis," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Susulan daripada laporan itu, Yampil berkata, siasatan telah dijalankan terhadap suspek iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun bersama isterinya berusia 36 tahun di mana kedua-duanya adalah peniaga burger.
"Siasatan mendapati kedua-dua mangsa tiada pertalian saudara dengan pasangan suami isteri tersebut. Bagaimanapun, mangsa remaja lelaki merupakan anak tiri kepada wanita tersebut di mana bapa kandungnya pernah berkahwin dengannya namun tidak lama kemudian telah dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan dadah.
"Mangsa dijaga oleh ibu tirinya itu namun telah berkahwin lain dengan suspek lelaki. Pasangan suami isteri itu juga telah mengambil seorang kanak-kanak untuk dijadikan sebagai anak angkat mereka," katanya.
Yampil berkata lagi, siasatan lanjut terhadap kedua-dua mangsa mendapati beberapa siri kejadian penderaan dilakukan sejak 24 Mac lalu oleh pasangan suami isteri tersebut.
"Mangsa remaja didapati telah ditekap dengan menggunakan seterika oleh suspek wanita secara berulang kali di bahagian belakang badan selain turut dipukul menggunakan batang besi manakala suspek lelaki telah memukulnya menggunakan kayu pada belakang badan mangsa.
"Suspek wanita itu juga telah menyiram air panas di atas lantai dan memaksa kanak-kanak berusia lima tahun tersebut berdiri di atas air panas sehingga menyebabkan kakinya melecur. Selain itu, kanak-kanak tersebut turut ditekap menggunakan seterika pada bahagian kiri dan kanan tangan serta belakang badannya dan diletakkan sudu panas pada badannya.
"Suspek lelaki pula telah memukul belakang badan kanak-kanak itu dengan menggunakan batang besi selain turut ditendang pada kaki sehingga menyebabkannya terhempas dan terhantuk pada lantai," katanya.
Sehubungan itu, Yampil berkata, kes masih dalam siasatan pihaknya di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 04 2024

Siasatan lanjut terhadap kedua-dua mangsa mendapati beberapa siri kejadian penderaan dilakukan sejak 24 Mac lalu oleh pasangan suami isteri tersebut. - Gambar hiasan

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Kanak-kanak tujuh tahun maut disyaki didera ibu bapa sendiri
Ibu bapa mangsa yang berusia 30 hingga 40an telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.

Remaja, budak 5 tahun jadi mangsa dera pasangan suami isteri
Siasatan lanjut terhadap kedua-dua mangsa mendapati beberapa siri kejadian penderaan dilakukan sejak 24 Mac lalu.

Suami isteri didakwa dera anak guna rotan, penyangkut baju
Tertuduh, Mohammad Zul Shafiq Shammadi, 29 dan Nurwadahtulfatanah Mohamad, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas pertuduhan dibacakan.

Enggan buat kerja rumah, ibu disyaki cederakan anak guna pisau
Seorang wanita 'hilang sabar' sehingga dipercayai mencederakan anak lelakinya menggunakan pisau gara-gara kerana tidak mahu buat kerja rumah di Kampung Changkat Gombak pada Jumaat.

Ibu, rakan wanita dipenjara tujuh tahun aniaya anak hingga cedera
Seorang ibu tunggal dan rakan wanitanya masing-masing dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menganiaya dan mengabaikan anaknya berumur tujuh tahun.

Polis tahan bapa, teman wanita dera budak tujuh tahun
Polis menahan seorang lelaki dan teman wanitanya pada Jumaat kerana dipercayai terlibat mendera anak lelakinya yang berusia tujuh tahun sejak kira-kira enam bulan lalu.

Ibu tunggal, rakan tomboi tukar pengakuan bersalah aniaya, abai anak
Seorang ibu tunggal bersama teman serumahnya yang berperwatakan seperti lelaki, menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.

Ibu didakwa jirus anak dengan air panas, berang data internet habis
Seorang wanita didakwa menyimbah air panas terhadap anaknya selepas berang dengan tindakan mangsa yang menghabiskan data internetnya.

Wanita, teman lelaki didakwa dera anak berusia 4 tahun
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecedaraan fizikal terhadap seorang kanak-kanak.