KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri tabung masjid, hari ini dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini.
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Daniel Iskandar, 19, yang memakai kemeja T berwarna biru selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan di Kuang, Rawang dekat sini pada 11.58 malam, 8 Jan lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
"Mengaku salah," kata remaja lelaki itu dalam keadaan bersahaja ketika ditanya jurubahasa mahkamah sama ada dia mengaku salah atau tidak.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Nik Mohd Fadli turut menegur tindakan tertuduh yang cuba mencuri tabung masjid kerana ia perbuatan yang salah.
"Tahu apa salah awak? Duit orang bagi untuk masyarakat dan pembangunan masjid, awak curi letak dalam bilik jenazah pula. Harap benda ini jadikan satu pengajaran dan kesedaran pada awak," kata Nik Mohd Fadli.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang tidak bekerja itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 9 Jan lepas dan dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam supaya memberi pengajaran kepada tertuduh serta mencegah orang lain daripada melakukan perbuatan sama.
Peguam Azman Abdullah, yang mewakili Daniel memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan alasan ini merupakan kesalahan pertama kali anak guamnya serta dia telah insaf.
"Anak guam saya memohon maaf kepada mahkamah dan pihak masjid. Alasan dia (cuba mencuri) kerana dia perlukan duit untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis. Dia cuba meminta kepada orang tetapi mereka tidak boleh tolong.
"Anak guam saya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan ibu bapanya telah bercerai sejak dia berusia lapan tahun. Dia tinggal bersama datuknya berusia 70-an dan kehidupan mereka bukan senang. Makan dan minum juga daripada sedekah jiran-jiran," kata Azman yang merupakan peguam pro bono (tanpa bayaran atau sukarela).
Menurut Azman, meskipun tertuduh salah, tindakan pihak-pihak mengambil video seperti yang tersebar menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana telah menyebabkan tekanan kepada tertuduh dan keluarga.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengadu yang merupakan siak di masjid itu telah pergi ke masjid dan mendapati tabung masjid tiada. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki telah merosakkan tabung masjid sebelum mengheret dan menyembunyikan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah.
Pengadu bersama ahli jawatankuasa masjid mengesyaki lelaki itu tinggal berdekatan masjid dan apabila mereka membuat rondaan di sekitar kawasan itu, mereka ternampak seorang lelaki yang sama dengan rakaman CCTV lalu menghampirinya dan bertanya adakah dia memecah masuk dan mencuri tabung masjid berkenaan.
Lelaki itu kemudiannya mengaku bahawa dia melakukan perbuatan itu menyebabkan ahli jawatankuasa masjid menangkapnya dan menghubungi pihak polis.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki tular dalam media sosial apabila video berdurasi satu minit 25 saat memaparkan tindakan jemaah masjid memandikan lelaki itu seperti jenazah serta dia dilumurkan dengan kapur barus kerana mencuri tabung masjid.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri tabung masjid, hari ini dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Suami isteri cuba pecah tabung masjid ditahan lagi
Sebelum ini pasangan berkenaan telah direman selama enam hari bermula Jumaat lepas hingga Rabu.

Jurujual dipenjara 6 bulan curi duit tabung surau
Seorang jurujual dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana mencuri duit tabung surau.

Pendedahan pengurusan dana masjid yang jelas penting elak penyelewengan - SPRM
SPRM akan memperluaskan penganjuran Program Komuniti Masjid Memerangi Rasuah di seluruh negara.

Remaja cuba curi tabung masjid dipenjara 10 hari, denda RM4,000
Seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti 'jenazah' akibat cuba mencuri tabung masjid, dipenjara 10 hari.

Selamba curi tabung masjid, anak yatim
Dua lelaki diburu polis selepas terlibat dengan kejadian mencuri mesin daftar tunai dan beberapa tabung masjid dan anak yatim di kaunter kedai di medan selera Singgah Sat di sini, Ahad lalu.

Lelaki Kemboja 'kantoi' curi duit tabung masjid
Seorang lelaki warga asing berpura-pura mengaji al-Quran sebaik sahaja menyedari kehadiran polis selepas 'memancing' duit tabung di Masjid Al Ansar di Bandar Meru Raya, di sini, hari ini.

Tiga lelaki curi duit tabung masjid dan surau ditahan
Polis menahan tiga lelaki geng curi duit tabung masjid dan surau di sekitar daerah Seberang Perai Utara dan Kepala Batas.

Kanak-kanak guna helah diculik tutup kesalahan mencuri
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menggunakan helah kononnya dia diculik bagi menutup perbuatannya mencuri wang tabung masjid di Wakaf Mempelam di sini, semalam.