KOTA BHARU: Perkelahan sekumpulan remaja lelaki bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas di air terjun Istana Sangkut, Laloh di Kuala Krai pada 5.45 petang tadi.
Ketua Balai Bomba Kuala Krai Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-rasee Parsimin berkata mangsa, Nur Muhammad Afiq Zubir, 19, dipercayai terjun sebelum tenggelam dan dihanyutkan arus deras dalam kejadian 2.43 petang.
Beliau berkata mangsa yang berasal dari Bukit Katil, Melaka dipercayai ke tempat rekreasi itu bersama-sama 13 rakannya untuk meraikan kejayaan mereka selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), semalam.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), selain turut mendapat pertolongan daripada orang kampung.
"Selepas beberapa jam SAR dijalankan, pasukan akhirnya berjaya menarik mangsa yang juga pelajar Maahad Pengajian Islam Kota Bharu, dari dasar setelah baju mangsa tersangkut pada 'grappling iron'.
"Jenazah diusung sejauh 150 meter dari air terjun berkenaan ke kawasan selamat lalu diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohammad mengesahkan kejadian itu dan mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.
Dalam perkembangan lain, seorang warga emas maut selepas ditimpa pokok kelapa dalam kejadian di belakang Masjid Kampung Galang, Pulai Chondong di Machang pada 11.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Machang DSP Ganti Jimmy berkata mangsa, Ramli Daud, 69, yang merupakan penebang pokok dipercayai bersama rakannya menarik pokok kelapa yang telah ditebang dan bersedia untuk melarikan diri sebelum pokok tersebut tumbang.
Bagaimanapun, beliau berkata mangsa terjatuh kerana kakinya tersangkut pada tali kemudian ditimpa pokok kelapa berkenaan dan mangsa telah dibawa ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 08 2021

Operasi SAR dijalankan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), selain turut mendapat pertolongan daripada orang kampung. - Gambar/ Media sosial

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.

Bomba kenal pasti 21 lokasi berisiko kepala air seluruh Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu mengenal pasti 21 pusat peranginan dan perkelahan di seluruh negeri yang berisiko dilanda fenomena kepala air.

Remaja lelaki lemas ketika berkelah di Istana Sangkut
Perkelahan sekumpulan remaja lelaki bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas di air terjun Istana Sangkut, Laloh di Kuala Krai pada 5.45 petang tadi.

Dua selamat, seorang hilang dihanyut arus deras ketika berkelah
Mangsa bersama kira-kira 20 ahli keluarga ke lokasi tersebut untuk berkelah sambil mandi di tebing sungai.

Dua mangsa terperangkap di kawasan perkelahan diselamatkan JBPM Perak
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 2.50 petang.

Remaja lemas semasa perkelahan bersama keluarga
Jurucakap polis dari IPD Julau, Malcolm Powell Anak Alphonsus berkata, seorang pelajar tingkatan dua dan tidak pandai berenang dikatakan telah tergelincir dari jambatan di tebing sungai.