KUCHING: Seorang remaja lelaki disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) awal pagi Jumaat selepas mengalami kecederaan parah.
Mangsa berusia 18 tahun itu dipercayai dibelasah dua individu di sebuah pusat komersil di Jalan Tun Jugah di sini.
Menurut sumber kejadian dipercayai berlaku susulan tindakan mangsa merakam dan menyebarkan video lucah anak perempuan suspek yang merupakan kekasihnya.
Mengesahkan kejadian itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa dalam kenyataannya berkata kedua-dua suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Sepasukan polis dari cawangan Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menahan dua lelaki tempatan berusia 43 dan 50 tahun.
“Mereka kini direman tujuh hari sehingga 5 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut, kes dipercayai berpunca daripada kisah percintaan,” katanya.
Polis mengklasifikasikan kes sebagai bunuh apabila mangsa yang dimasukkan ke hospital telah meninggal dunia.
“Proses bedah siasatan akan dilakukan 30 Julai (Sabtu) dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Merbin.
Tegasnya, orang awan diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendirian yang melangkaui undang-undang.
Dalam pada itu beliau turut meminta supaya sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menyalurkan kepada pihaknya bagi membantu siasatan.
Shafik Ahmad
Fri Jul 29 2022
Menurut sumber kejadian dipercayai berlaku susulan tindakan mangsa merakam dan menyebarkan video lucah anak perempuan suspek yang merupakan kekasihnya. - Gambar hiasan
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Anak muda Malaysia kini kurang berhibur di Sungai Golok
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, peratusan anak muda Malaysia yang berhibur di Sungai Golok kini semakin berkurangan susulan penutupan pangkalan haram 1 Disember 2024.
Malaysia lihat tanda awal pemulihan populasi - Nik Nazmi
Malaysia kini melihat tanda-tanda positif dalam pertumbuhan populasi harimau Malaya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
Remaja maut dipukul bapa kekasih
Mangsa berusia 18 tahun itu dipercayai dibelasah dua individu di sebuah pusat komersil di Jalan Tun Jugah.
Suspek pukul remaja sehingga maut ketika keluar membeli makanan dikenalpasti
Polis telah mengenal pasti beberapa suspek berhubung kes seorang remaja 18 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, dipercayai selepas dipukul ketika keluar membeli makanan.