Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 3.49 pagi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal terbabas ke bahu jalan.
“Terdapat seorang mangsa lelaki Melayu berumur 18 tahun, mengalami kecederaan dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan hospital,” katanya dalam satu kenyataan.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
