KUCHING: Seorang remaja mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuching atas tuduhan menyamar sebagai doktor pakar yang bertugas di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Petra Jaya.
Tertuduh, Shah Hairil Izman Dave, 20, dari Bandar Baru Semariang membuat pengakuan itu semasa prosiding yang dilakukan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi pada Selasa.
Bagaimanapun, Zubaidah dalam penghakimannya memutuskan agar tertuduh ditahan lanjut sehingga 17 Ogos.
Mahkamah turut menetapkan tarikh 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes bagi mendengar laporan sosial tertuduh.
Syah Hairil dituduh di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda jika disabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah memperkenalkan dirinya sebagai Dr Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditugaskan di hospital kerajaan di bahagian neurologi.
Tertuduh telah melakukan kesalahan itu antara Januari hingga Julai tahun ini, malah telah menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu.
Namun, rahsianya terbongkar apabila seseorang yang berada di PPV itu mengenalinya dan mengakui rakan sekelas tertuduh ketika di tingkatan dua pada 2016.
Tertuduh ditahan polis di PPV Stadium Perpaduan Kuching pada 1 Julai lalu sekitar pukul 3 petang.
Ketika ditahan, polis turut merampas peralatan kedoktoran, pakaian kerja berwarna biru, serta pas kerja palsu dengan nama Dr Shah Hairil Izman.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed Jul 07 2021
![Remaja mengaku bersalah menyamar jadi doktor di PPV Remaja mengaku bersalah menyamar jadi doktor di PPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625644104_DrShahHairilIzman.jpg)
Tertuduh, Shah Hairil Izman Dave telah menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu. - Gambar PDRM
![KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723297269_TBEwonBenedick.jpg)
KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas
KUSKOP menyalurkan pembiayaan berjumlah RM346.28 juta kepada 9,937 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi di Negeri Sembilan sepanjang 2024.
![Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739447583_wargaasingditahan.jpg)
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
![Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712566563_TBsampah.jpg)
Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.
AirBorneo: Detik bersejarah sektor pelancongan Sarawak - STB
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga PElancongan SArawak (STB), Sherzade Datu Salleh Askor berkata, pengambilalihan maswings adalah detik bersejarah dalam sektor pelancongan sarawak dan tepat pada masanya ketika Sarawak sedang giat mempromosikan produk pelancongannya.
AirBorneo diyakini mampu lonjakkan industri pelancongan Sarawak
Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yakin AirBorneo membantu merancakkan aktiviti pelancongan di Sarawak, terutama dari segi segmen kehadiran pelancong.
AirBorneo bakal jadi hab penerbangan serantau di ASEAN
AirBorneo akan diperluaskan secara berperingkat ke destinasi strategik, termasuk Singapura, Kuala Lumpur, Kalimantan, Jakarta, Bali, Hong Kong, dan Shenzhen, bagi memperkukuh keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi rantau ini.
AirBorneo inisiatif bantu ekonomi Sarawak - Abang Jo
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, penubuhan airborneo bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan, sebaliknya sebagai inisiatif memacu pembangunan ekonomi wilayah itu.
SMJE tambah hasil RM100 juta
SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) menambah hasil pendapatan jualan sebanyak RM100 juta menerusi kargo minyak mentah pertama tahun ini.
Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan
Isu tanah dan perbezaan kos anggaran awal dengan bajet sebenar dilihat antara punca kelewatan pelaksanaan lebih 400 projek pembangunan di Sabah.
![Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739446229_SaifuddinNasutionI.jpg)
Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.
![Penipuan bertopengkan rawatan 'ayurveda', doktor palsu bergelar 'Datuk Seri' disiasat Penipuan bertopengkan rawatan 'ayurveda', doktor palsu bergelar 'Datuk Seri' disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675376556_Anbalagan.jpg)
Penipuan bertopengkan rawatan 'ayurveda', doktor palsu bergelar 'Datuk Seri' disiasat
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang doktor rawatan tradisional 'ayurveda' palsu bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa menawarkan rawatan tradisional tanpa lesen sah di Puchong.
!['Doktor' tawar rawatan gigi, kecantikan haram di Instagram, TikTok 'Doktor' tawar rawatan gigi, kecantikan haram di Instagram, TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726027036_rawatangigi.jpg)
'Doktor' tawar rawatan gigi, kecantikan haram di Instagram, TikTok
Sebuah pusat kecantikan dipercayai menawarkan khidmat rawatan gigi dan perubatan estetik haram sejak hujung 2022 diserbu pada Selasa.
![Doktor palsu kahwini 18 wanita akhirnya dicekup Doktor palsu kahwini 18 wanita akhirnya dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645538923_BibhuPrakashSwain.jpg)
Doktor palsu kahwini 18 wanita akhirnya dicekup
Hanya bermodalkan kata-kata manis, seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor berjaya memperdaya dan mengahwini 18 wanita di seluruh India.
![Remaja mengaku bersalah menyamar jadi doktor di PPV Remaja mengaku bersalah menyamar jadi doktor di PPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625644104_DrShahHairilIzman.jpg)
Remaja mengaku bersalah menyamar jadi doktor di PPV
Remaja berusia 20 tahun itu menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Umum Sarawak sebanyak 32 kali antara 15 Jun hingga 1 Julai lalu.
![Awasi tiga kategori kumpulan 'doktor palsu' ini! Awasi tiga kategori kumpulan 'doktor palsu' ini!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51506667440_Dentist.jpg)
Awasi tiga kategori kumpulan 'doktor palsu' ini!
Istilah doktor palsu merujuk kepada pengamal perubatan atau pergigian yang tidak diiktiraf atau tidak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.
![Suntikan perancang keluarga Orang Asli sebagai langkah keselamatan Suntikan perancang keluarga Orang Asli sebagai langkah keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41562857125_DzulkeflyAhmad.jpg)
Suntikan perancang keluarga Orang Asli sebagai langkah keselamatan
Inisiatif di bawah kementeriannya itu dilakukan atas rasa tanggungjawab bagi mencegah wanita-wanita yang berhadapan masalah seperti anemia dan kekurangan darah merah daripada hamil.
![PPIM nafi bantu bebaskan 'doktor gigi palsu' PPIM nafi bantu bebaskan 'doktor gigi palsu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/61502960952_NadzimJohan.jpg)
PPIM nafi bantu bebaskan 'doktor gigi palsu'
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata PPIM tidak pernah menyokong atau mengiktiraf tindakan individu yang boleh mengundang risiko.
![KPT tegas bendung kegiatan guna gelaran 'Dr' palsu KPT tegas bendung kegiatan guna gelaran 'Dr' palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81480349408_IdrisJusoh.jpg)
KPT tegas bendung kegiatan guna gelaran 'Dr' palsu
Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata kefahaman tentang kepentingan nilai integriti perlu diberikan secara berterusan kepada institusi pengajian tinggi di negara ini.