LIPIS: Seorang remaja orang asli maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 10, Jalan Sungai Koyan-Raub di sini pada petang Ahad.
Dalam kemalangan kira-kira jam 3.25 petang itu, penunggang motosikal, Myhkel Ali, 18, dari Pos Sinderut di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng, John Kamarudin, 11, cedera pada kaki dan tangan.
Pemandu bas berusia 36 tahun dan pemandu kedua, 27 tahun bersama 17 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur manakala mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Pos Sinderut dari Sungai Koyan di sini.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu bas dipercayai gagal mengelak dan terlanggar belakang motosikal mangsa yang hendak masuk ke simpang Pos Sinderut.
"Akibat kejadian penunggang yang mengalami kecederaan parah pada kepala dan dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.
"Hasil ujian saringan air kencing ke atas pemandu bas mendapati lelaki itu bebas pengaruh dadah.
"Semua penumpang dipindahkan ke bas lain untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur," katanya.
Tambah beliau, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 16 2022

Keadaan motosikal mangsa dan bas yang terbabit kemalangan di Kilometer 10 Jalan Sungai Koyan-Raub pada Ahad. -Foto Sinar Harian

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Remaja orang asli maut motosikal dirempuh bas
Pemandu bas berusia 36 tahun dan pemandu kedua, 27 tahun bersama 17 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Harimau kumbang serang remaja Orang Asli mati ditembak
Ketika menghampiri kawasan semak berhampiran kebun getah, kakitangan dikejutkan dengan kehadiran seekor harimau kumbang yang meluru ke arah salah seorang daripada mereka.