HULU TERENGGANU:Seorang gadis maut selepas disamun dan ditetak penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu mangsa Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun ditemui tertiarap di bahagian ruang tamu rumahnya.
Kejadian itu juga menyebabkan pergelangan kiri mangsa putus serta beberapa kecederaan pada anggota badan akibat tetakan tersebut.
Bapa mangsa, Ismail Muda, 58 tahun, memberitahu mereka hanya menyedari insiden itu kira-kira jam 2 petang selepas anak bongsunya pulang dari sekolah.
Menurutnya, anaknya itu juga menjaga ibunya yang terlantar sakit akibat menghidap penyakit barah otak.
Katanya, sebelum itu adiknya beberapa kali menghubungi mangsa namun tiada jawapan dan menyebabkan adiknya pulang sendiri berjalan kaki.
Namun, sejurus tiba di rumah adiknya yang berusia 15 tahun terkejut melihat keadaan kakaknya.
“Sepatutnya dia ambil adik dia dari sekolah tapi dia tak datang. Adik dia balik jalan kaki.
“Lebih kurang pukul 2.30 adiknya telefon, beritahu kakaknya berlumuran darah dan tangan dia putus,” katanya.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata pihaknya percaya mangsa dipukul menggunakan objek tumpul.
"Pihak polis ke tempat kejadian mendapati seorang perempuan dalam keadaan tertiarap di dalam rumah tersebut dan terdapat kecederaan pada bahagian badan dan juga muka,” kata Marzukhi.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mengulas lanjut, Mohd Marzukhi berkata, polis tidak menolak kemungkinan penjenayah yang disyaki menyamun dan menetak gadis itu dikenali ahli keluarga mangsa.
"Buat masa ini, pihak polis mempercayai suspek kes ini adalah seorang yang berkemungkinan dikenali keluarga mangsa ataupun si mati.
"Jadi, kita sedang giat mengesan suspek tersebut," katanya sambil menambah, beliau percaya hanya seorang suspek yang terlibat dalam kejadian itu.
Nur Fazlizai Ali
Sun Nov 01 2020
![Remaja perempuan jaga ibu sakit disamun, dibunuh kejam Remaja perempuan jaga ibu sakit disamun, dibunuh kejam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81604235753_TBSamun.jpg)
Polis percaya mangsa dipukul menggunakan objek tumpul. - Foto ihsan PDRM
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738720514_tbkemalanganmautm.png)
Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Dalam kejadian pada 8.25 malam itu, Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, dari Kampung Beladau Kolam Manir, maut di lokasi kejadian.
![Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736675570_METKualaNerus.jpg)
Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang
Lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.
![Syarikat keselamatan, empat pengarah didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan Syarikat keselamatan, empat pengarah didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736329983_TBCOURT.jpg)
Syarikat keselamatan, empat pengarah didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan
Sebuah syarikat keselamatan dan empat pengarah didakwa atas tujuh pertuduhan gagal melunaskan bayaran cukai perkhidmatan berjumlah RM186,909.08.
![Bangkai penyu agar ditemukan terdampar di Pantai Seberang Takir Bangkai penyu agar ditemukan terdampar di Pantai Seberang Takir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654868249_PenyuAgarJuvenil.jpg)
Bangkai penyu agar ditemukan terdampar di Pantai Seberang Takir
Bangkai penyu yang hampir reput itu dijumpai seorang peserta Program Pembersihan Pantai Monsun Terengganu 2024 pada 8.30 pagi.
![Khalwat berulang: Hukuman sebat depan khalayak dilaksana 27 Dis Khalwat berulang: Hukuman sebat depan khalayak dilaksana 27 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732092943_DudaKhalwatTeren.jpg)
Khalwat berulang: Hukuman sebat depan khalayak dilaksana 27 Dis
Hukuman sebatan syariah luar penjara terhadap seorang tukang rumah yang melakukan kesalahan khalwat berulang dilaksana pada 27 Disember ini.
![PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733028171_SamsuriMokhtar.jpg)
PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.
![Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726455619_ikanpausekosistem.jpg)
Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik
Paus itu berdepan beberapa risiko ancaman dari aspek persekitaran lautan Malaysia iaitu berkemungkinan 'tersangkut' di kawasan cetek.
![Reman suami isteri edar dadah disambung enam hari Reman suami isteri edar dadah disambung enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710230391_HANDCUFF.jpg)
Reman suami isteri edar dadah disambung enam hari
Tempoh reman pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kegiatan pengedaran dadah disambung enam hari lagi, bermula hari ini.
![Pengurus syarikat rugi lebih RM200,000 ditipu dalam urusan jual beli balak Pengurus syarikat rugi lebih RM200,000 ditipu dalam urusan jual beli balak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711467171_balakKayuBalak.jpg)
Pengurus syarikat rugi lebih RM200,000 ditipu dalam urusan jual beli balak
ACP Azli berkata kejadian bermula pada 21 Ogos 2022 apabila mangsa ditawarkan suspek membeli kayu balak dengan harga RM450,000.
![Pembinaan semula menara jam di Pasar Kedai Payang 1, bangkit nostalgia kemerdekaan Pembinaan semula menara jam di Pasar Kedai Payang 1, bangkit nostalgia kemerdekaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723193211_TBPayang.jpg)
Pembinaan semula menara jam di Pasar Kedai Payang 1, bangkit nostalgia kemerdekaan
Ramai tidak tahu lokasi Pasar Kedai Payang 1 itu pernah menempatkan monumen penting bagi memperingati kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.