KANGAR: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan memecah masuk sebuah pasar raya sebelum mencuri 30 telefon bimbit di Arau pada 4 Ogos lalu.
Tertuduh yang berusia 14 tahun bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.
Dia didakwa memecah masuk ke dalam bangunan yang digunakan untuk menyimpan harta sebelum mencuri 30 telefon terbabit.
Remaja itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah pasar raya di Kompleks Tok Arau di Arau pada 4 Ogos lalu jam antara 4 pagi hingga 4.30 pagi.
Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga empat belas tahun dan denda atau sebat sekiranya melakukan kesalahan itu untuk kali kedua.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Ti Tying manakala tertuduh diwakili peguam, Najdah Muhamad Romli dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Najdah dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan bagi anak guamnya kerana mengambil kira ibu bapa anak guamnya itu sudah bercerai dan tertuduh tinggal bersama ibunya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Selain itu, tertuduh yang juga anak bongsu daripada empat beradik sudah tidak bersekolah.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh dan 22 September hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Ibu tertuduh yang turut hadir di mahkamah kemudian membayar jaminan berkenaan.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Aug 20 2021

Remaja terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini. - Foto Astro AWANI
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Remaja tidak mengaku bersalah pecah masuk pasar raya, curi 30 telefon bimbit
Tertuduh yang berusia 14 tahun bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.