PETALING JAYA: Dua lelaki yang terbabit dalam insiden rempuhan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, pada 26 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
Mustaza Mustaffa, 35, berdepan lapan pertuduhan antaranya cubaan membunuh anggota polis dan memiliki senjata berbahaya.
Manakala rakannya Khairul Fazily Fadzil, 40, yang dikenali sebagai ‘Bob Mah Sing’ pula berdepan dua pertuduhan.
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin, Mustaza didakwa cuba membunuh anggota polis iaitu Koperal M Amareisan dan Koperal Mohd Edham Zakaria dengan mengundurkan kereta secara laju dan cuba melanggar anggota terbabit di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Selangor menghala ke Kepong pada jam 12.30 tengah hari, 26 Februari lalu.
BACA: Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Mustaza yang bekerja sebagai pembantu kedai makan turut didakwa memiliki senjata berbahaya di tempat awam iaitu sebilah kapak berhulu kayu tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang pada waktu, tarikh dan tempat sama.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum tujuh tahun serta sebatan.
Di mahkamah sama, Khairul Fazily didakwa berdamping dengan Mustaza yang ketika itu memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah kapak pada waktu, tarikh dan tempat sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(1) akta sama yang membawa hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun dan boleh disebat.
Di Mahkamah Majistret di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim, Mustaza dan Khairul Fazily didakwa secara bersama menghalang dua anggota polis terbabit daripada menjalankan tugas yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan mengikut seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, di mahkamah sama Mustaza turut berdepan empat lagi pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan empat kenderaan iaitu Toyota Vellfire, Lexus, Perodua Myvi dan sebuah lori Isuzu.
Bagi kesalahan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 12 bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, Mustaza juga didakwa mengikut Peraturan 7(1A) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan boleh dihukum mengikut peraturan 25(1)(a) peraturan sama yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun kerana gagal mengemukakan kad pengenalan diri.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alison Chan May Kam dan Atifah Hazimah Wahab manakala Mustaza diwakili peguam Datuk Suraj Singh dan Datin Raj Preet Kaur, sementara Khairul Fazily tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan Mustaza diikat jamin RM43,000 bagi kesemua pertuduhan berkenaan sementara Khairul Fazily tidak diberi ikat jamin kerana tiada penjamin.
Astro Awani
Fri Mar 05 2021
![Rempuhan kereta: Lelaki didakwa cuba bunuh polis dan miliki senjata berbahaya Rempuhan kereta: Lelaki didakwa cuba bunuh polis dan miliki senjata berbahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614949061_InsidenProtonWa.jpg)
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. - Foto BERNAMA
![Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739427472_TBRafizi.jpg)
Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.
![Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426994_tbkemalanganmautt.jpg)
Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa
ACP Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
![Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426323_tbMohamadSabu.jpg)
Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.
![Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739426519_GoogleGeminiLive.jpg)
Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa
Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia.
"Pesawah terus dibantu dengan pemberian subsidi" - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Kerajaan tetap komited terus beri subsidi dan insentif pada pesawah seperti bayaran insentif upah baja, bantuan racun bagi mengawal penyakit tanaman.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kalau terjerit walaupun duduk, saya boleh halau keluar" - Timbalan Speaker
Kekocahan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Shah Alam menyuarakan semasa perbahasaan isu pembelaan pesawah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan komited jadikan industri padi tunjang utama keterjaminan makanan negara - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan komited untuk menjadikan industri padi sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara dengan sokongan padu dari semua pihak
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"AI pada ketika ini sangat rancak digunakan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata platfom media sosial juga berusaha untuk menangani masalah penyalahgunaan AI
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kita dapati ada yang beberapa platfom yang sering kali di salah guna" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata beberapa langkah yang telah diambil termasuk mengenakan menarik balik exemption oder (pas diplomat) yang memerlukan platfom memenuhi syarat seperti mendaftar dengan MCMC.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang pada penambahbaikkan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata MCMC telah melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan penyedia platfom media sosial.
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
![Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739182022_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.
![Penganggur didenda RM3,500 rakam video wanita tukar pakaian di bilik persalinan Penganggur didenda RM3,500 rakam video wanita tukar pakaian di bilik persalinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Penganggur didenda RM3,500 rakam video wanita tukar pakaian di bilik persalinan
Seorang lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video mangsa yang sedang menukar pakaian di bilik persalinan.
![Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg) awal bulan ini.
![Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736334182_sprmbernama.jpg)
Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman
Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Terengganu direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000.
![Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737370727_TBHafidzRoshdi.jpg)
Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 8 dan 13 Mei depan untuk tarikh akhir kehadiran pempengaruh, Nurul Shuhada Mat Shukri bagi prosiding kes perbicaraan dicederakan bekas suaminya.
![15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi 15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725431069_EbitLew.jpg)
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
![Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736959012_sprm.jpg)
Lima individu ditahan bantu siasatan kes seleweng dana pelaburan RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
![Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736505117_TBRAHMANSEBLI.jpg)
Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas
Badan kehakiman di Sabah dan Sarawak merekodkan pencapaian cemerlang pada 2024, dengan kedua-dua negeri menunjukkan kadar penyelesaian kes yang memberangsangkan pada semua peringkat mahkamah.
![Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736510577_TBKEKASIHDADAH.jpg)
Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.