KOTA KINABALU: Langkah kerajaan Sabah membenarkan rentas daerah mengikut zon sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula merancakkan sektor pelancongan domestik di negeri itu.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata hotel, resort dan destinasi pelancongan menerima sambutan memberangsangkan daripada penduduk tempatan, malah ada tempahan terpaksa ditolak terutama di kawasan luar bandar sejak rentas daerah mengikut zon dibenarkan.
Menurutnya, kadar penginapan beberapa resort sekitar bandaraya Kota Kinabalu mencecah sehingga 70 peratus pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan minggu lalu dan destinasi pelancongan luar bandar mencapai had kapasiti yang dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
"Ini menunjukkan masyarakat tempatan sedar bahawa Sabah mempunyai banyak tempat pelancongan menarik untuk dilawati terutama sekali di luar bandar," katanya kepada Bernama, di sini.
Bulan lalu, Sabah membenarkan rentas daerah mengikut enam zon sepanjang PKPP dengan Zon Satu melibatkan Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar; Zon Dua merangkumi Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang manakala Zon Tiga meliputi Kudat, Kota Marudu dan Pitas.
Zon Empat pula melibatkan Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod; Zon Lima merangkumi Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan manakala Zon Enam meliputi Keningau, Tambunan dan Tenom.
Joniston berkata Sabah optimis pelancongan negeri akan beransur pulih selepas operasi dibuka secara berperingkat dengan memberi fokus utama kepada usaha memperkasakan pelancongan domestik.
Beliau menegaskan penggiat industri pelancongan tempatan sudah bersedia menerima kedatangan pelancong domestik dan tidak sabar menunggu untuk sempadan negara dibuka semula untuk pelancong asing.
Katanya, kadar pematuhan SOP dalam kalangan pengusaha pelancongan di negeri itu adalah sangat tinggi.
"Tiada tempat penginapan yang mahu penularan jangkitan COVID-19 berlaku sehingga menjadi kluster baharu kerana ia akan menjejaskan usaha untuk membuka sektor pelancongan secara berperingkat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 06 2021

Joniston berkata Sabah optimis pelancongan negeri akan beransur pulih selepas operasi dibuka secara berperingkat dengan memberi fokus utama kepada usaha memperkasakan pelancongan domestik. - Gambar hiasan

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.

Integriti tunjang masa depan Sarawak - Timbalan Premier
Integriti bukan sahaja sebahagian daripada usaha nasional untuk membina negara bebas rasuah, tetapi ia adalah nilai yang sangat diutamakan Sarawak.

Bom kedua dijumpai di Kinarut berjaya dimusnahkan
Bom kedua yang ditemui di tapak pembinaan berhampiran Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan hari ini.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.