KUALA TERENGGANU: Kluster Taman Rakyat yang menjadi kluster baharu COVID-19 di Terengganu berpunca dari aktiviti rentas negeri seorang individu dari Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata 26 kes dikesan positif COVID-19 dari kluster berkenaan, yakni iaitu 11 orang ahli keluarga dan 15 lagi tetamu yang menghadiri kenduri.
"Hasil pertemuan hanya untuk 'kirim' duit kenduri serta cenderahati telah menjangkiti kawan baik. Kawannya itu pula telah mengadakan majlis akikah di kampung yang akhirnya menjangkiti lima ahli keluarga dan tujuh tetamu kenduri akikah," katanya dalam satu paparan di laman Facebooknya semalam.
"Jadi apa iktibar kisah-kisah ini? Adanya rentas negeri dan perkumpulan ramai orang tanpa pematuhan SOP. Jika SOP dipatuhi, tak akan ada jangkitan. Kalau ada pun, ia sangat minima dan bukan kluster besar sebegini.
"Sebab itu kami selalu pesan tangguh dulu perkumpulan ramai orang. Kita tak tahu siapa yang kita jumpa walaupun ahli keluarga atau rakan sekerja. Kita semua yang patut kuatkuasakan pematuhan SOP, bukannya diserah semata-mata kepada agensi penguatkuasaan," katanya.
Ketika ini terdapat 238 kes aktif COVID-19 di Terengganu dengan kes tertinggi direkodkan di Besut iaitu 127 kes diikuti Kuala Nerus (43), Dungun (27), Kuala Terengganu (27), Hulu Terengganu (tujuh), Marang (empat) dan Setiu (tiga).
Kluster Taman Rakyat yang didaftarkan pada 15 April adalah kluster komuniti yang melibatkan daerah Dungun. Kes indeks bagi kluster itu ialah seorang lelaki berusia 32 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April hasil saringan sebelum kembali ke Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 16 2021
DR NOR AZIMI: Kita semua yang patut kuatkuasakan pematuhan SOP, bukannya diserah semata-mata kepada agensi penguatkuasaan. - Gambar fail BERNAMA
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.
JDT lakar sejarah rekod kemenangan ke-29 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi melakar sejarah dengan merekodkan kemenangan ke-29 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak 24 Jun 2022.
PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh komuniti India di Malaysia.
Warga emas rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM974,000 akibat terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
PM Anwar terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya, hari ini.
Filem 'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin filem animasi terbaharu terbitan syarikat produksi Les' Copaque bertajuk 'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilihat hadir lebih awal berbanding pemimpin parti lain apabila sempat memuat naik gambar sedang berjoging di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya.