KUALA LUMPUR: Kebenaran rentas negeri bermula Isnin memberi kelegaan kepada pengusaha bas, namun di sebalik itu mereka bimbang dengan bebanan kos penyelenggaraan, kata Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Bas Bumiputera Malaysia (PPBBM) Che Ibrahim Che Ismail.
Beliau berkata kebanyakan pengusaha masih tidak dapat menyediakan bas masing-masing untuk memulakan operasi, kerana banyak yang perlu diselenggara memandangkan kenderaan itu lama tidak bergerak.
"Antara kos yang dihadapi pengusaha ialah untuk menyelenggara penghawa dingin, mengganti bateri dan insurans kenderaan. Kami memerlukan di antara RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap bas sebelum ia dapat beroperasi.
"Selagi kami tidak dapat menyiapkan kenderaan, kami belum boleh beroperasi dan mungkin akan terkubur terus walaupun rentas negeri telah dibenarkan," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan jika bas dapat disiapkan dengan segera ia boleh membantu meningkatkan pendapatan pengusaha sekali gus menjamin keselamatan penumpang.
Menurut Che Ibrahim rata-rata pengusaha bas terutama di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, dan Kelantan, hanya dapat menyediakan 20 hingga 30 peratus kapasiti kenderaan kerana kekurangan modal untuk menyediakan kenderaan mereka, sebelum kembali beroperasi.
Beliau berkata pihaknya juga berharap menerusi Bajet 2022, kerajaan dapat memberi bantuan dari segi geran atau pinjaman modal pengoperasian, bagi memastikan kenderaan dapat disediakan sepenuhnya sekali gus merancakkan aktiviti pelancongan serta pergerakan orang awam menggunakan kenderaan awam (bas ekspres dan bas sekolah).
"Kebanyakan rakyat lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri bagi tujuan rentas negeri mahupun melancong, mungkin selepas ini Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) boleh memberi penekanan dan kesedaran tentang keselamatan serta kelebihan menggunakan kenderaan awam untuk melancong atau merentas negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021

Rata-rata pengusaha bas hanya dapat menyediakan 20 hingga 30 peratus kapasiti kenderaan kerana kekurangan modal untuk menyediakan kenderaan sebelum kembali beroperasi. - Gambar hiasan/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.

Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.

12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.

Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.

Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.

Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.

Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.

Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.

32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.