KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan salah guna kebenaran rentas negeri yang tular di media sosial.
Ahli perniagaan dan isterinya telah memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru, Johor di Balai Polis Wangsa Maju atas urusan perniagaan pada Isnin lalu.
Gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu bagaimanapun tular di media sosial pada Jumaat apabila didakwa pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan yang menimbulkan kecaman netizen, lapor Sinar Harian.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah, lelaki itu telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.
"Berdasarkan dokumen yang dikemukakan olehnya, permohonan rentas negeri tersebut telah diluluskan oleh polis bermula pada Rabu hingga Sabtu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan pasangan tersebut mengesahkan bahawa mereka telah menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan mereka di sana.
"Mereka telah mengemukakan bukti segala urusan perniagaan serta resit tempat penginapan mereka.
"Pasangan ini juga mengesahkan ada memuat naik gambar mereka di akaun Instagram milik isterinya," katanya
Beliau berkata, pasangan itu menafikan berada di Pulau Perhentian, Terengganu sepertimana yang telah ditularkan.
"Lelaki itu telah menjelaskan 'posting' yang dimuatnaik di Instagram oleh isterinya bersifat peribadi tetapi telah ditularkan di Twitter.
"Netizen mempersoalkan kebenaran rentas negeri yang diberikan pihak polis kepada pasangan ini untuk tujuan berbulan madu," katanya.
Ashari menasihatkan orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri agar sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis.
"Sekiranya terdapat individu yang menyalahgunakan kebenaran ini, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang berkenaan," katanya.
Astro Awani
Sun Mar 21 2021

Tular di media sosial kononnya pasangan ini pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam oleh netizen. Gambar kecil: Ashari Abu Samah. -Foto Sinar Harian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

'Instafamous' dan isteri rentas negeri 'honeymoon' dijel, denda
Pasangan suami isteri yang tular merentas negeri ke Johor kerana 'honeymoon' dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret.

Rentas negeri untuk berbulan madu? Pasangan suami isteri dipanggil beri keterangan
Tular di media sosial kononnya pasangan ini pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam oleh netizen.