KUALA LUMPUR: Replika jubah Nabi Adam setinggi 60 hasta adalah antara tarikan utama buat pengunjung Festival Seni Al-Quran Restu Global di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya yang akan bermula dari 23 Feb hingga 3 Mac ini.
Pengarah Komunikasi Korporat Yayasan Restu Norashikin Abdul Latiff berkata selain pameran jubah itu, beberapa aktiviti menarik turut dirancang bagi memeriahkan festival berkenaan yang sudah memasuki edisi kedua.
"Untuk tahun ini, kita bukan sahaja tertumpu kepada aspek kesenian al-Quran seperti kaligrafi dan kecantikan seni khat al-Quran, tetapi kita perluas kepada aspek lain juga.
"Antaranya makanan sunah dan seni bela diri yang ada kaitan dengan al-Quran itu sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Norashikin berkata turut disediakan ialah pelbagai aktiviti untuk pengunjung seperti penulisan kaligrafi, kemudahan gerai pameran dan jualan, forum, kursus solat jenazah dan forensik solat.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan 100,000 pengunjung hadir ke festival itu tahun ini berbanding 60,000 orang pada tahun lepas.
Beliau berkata festival itu terbuka kepada semua golongan masyarakat dan tiada yuran kemasukan dikenakan kepada pengunjung.
"Sasaran kita kali ini, nak tarik orang yang bukan Islam untuk hadir ke pameran ini sebab kita mahu jadikan festival ini sebagai satu daripada medium dakwah," katanya.
Menurut Norashikin, festival 10 hari itu akan dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja, manakala pada hujung minggu orang ramai boleh hadir bermula 9 pagi hingga 9 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024

Replika jubah Nabi Adam setinggi 60 hasta adalah antara tarikan utama buat pengunjung Festival Seni Al-Quran Restu Global. -Bernama
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Replika jubah Nabi Adam antara tarikan Festival Seni Al-Quran
Replika jubah Nabi Adam setinggi 60 hasta adalah antara tarikan utama buat pengunjung Festival Seni Al-Quran Restu Global di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya yang akan bermula dari 23 Feb