KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) perlu memberi lebih tekanan kepada Israel agar rejim itu mematuhi dan menerima pakai resolusi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung gencatan senjata di Gaza.
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor berpandangan, Israel berkemungkinan akan bersetuju dengan fasa pertama sahaja berbanding tiga fasa yang dikemukakan oleh AS.
Jelas beliau, Benjamin Netanyahu ketika ini dilihat berada dalam dilema kerana terdapat golongan ultra-konservatif yang mahu Perdana Menteri Israel itu menghapuskan Hamas.
"Jadi itu menunjukkan tekanan yang kuat yang diberikan kepada Netanyahu dan saya lihat apabila usul gencatan senjata ini diluluskan, ada tiga fasa dan kemungkinan fasa pertama sahaja yang boleh dilihat sebagai satu fasa yang akan diikuti oleh Israel kerana ia melibatkan pertukaran tahanan.
"(Fasa pertama) dalam waktu enam minggu yang pertama itu, perlu diadakan perbincangan dengan pihak Hamas bagi memastikan bahawa gencatan senjata adalah yang kekal. Saya kira gencatan senjata kekal ini juga yang akan menjadi kekangan di pihak Israel kerana mereka tidak mahu Hamas itu wujud.
"Buat masa ini kalau mereka menerima gencatan senjata itu bermaksud bagi golongan ultra-konservatif, mereka merasakan bahawa Netanyahu gagal dalam menghapuskan Hamas secara total (keseluruhan)," katanya pada selasa.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI: Makin Tertekan, Zionis Makin Terpulau yang disiarkan malam Selasa.
Dalam masa sama, Mohd Roslan berkata AS juga perlu bekerjasama dengan Mesir dan Qatar bagi memastikan Hamas dapat menerima resolusi berkenaan.
Majlis Keselamatan PBB pada Isnin menerima pakai resolusi yang digubal AS bagi menyokong rancangan gencatan senjata di Gaza.
Resolusi tersebut diterima dengan 14 undi menyokong, tiada undi menentang dan satu undi berkecuali oleh Rusia.
Rancangan itu terdiri daripada tiga fasa yang akan berakhir dengan rancangan pembinaan semula Gaza dalam jangka masa panjang berikutan kemusnahan akibat pertempuran.
Fasa pertama termasuk gencatan senjata penuh dan lengkap yang berlangsung selama enam minggu, dengan tentera Israel berundur dari semua kawasan berpenduduk di Gaza.
Tentera Israel akan berundur sepenuhnya dari Gaza di bawah fasa kedua rancangan itu, yang berlangsung sekitar enam minggu lagi.
Manakala bagi fasa ketiga, pelan pembinaan semula dan penstabilan utama untuk Gaza akan bermula, disokong oleh AS dan masyarakat antarabangsa.
Sementara itu, Ketua Pasukan Peguam Penyiasat Yayasan MyAqsa, Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata Netanyahu berdepan tekanan daripada beberapa orang kanannya dan pihak pembangkang berhubung usaha ke arah gencatan senjata.
"Terdapat pergolakan politik di Israel dan ini sebenarnya masalah yang dihadapi oleh Netanyahu kerana sudah beberapa orang kanan atau orang kuat meletak jawatan.
"Di sini Netanyahu menghadapi masalah tekanan daripada pihak pembangkang untuk tidak menerima apa yang dikatakan gencatan senjata (sebaliknya) mereka mahu melenyapkan Hamas dari muka bumi.
"Jadi, itu yang agak sukar untuk Netanyahu menerima gencatan senjata yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB," tambahnya.
Hasimi Muhamad
Tue Jun 11 2024

Program Agenda AWANI: Makin Tertekan, Zionis Makin Terpulau disiarkan pada Selasa malam.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.

Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.

Arab Saudi anggap cadangan PM Israel helah alih tumpuan daripada jenayah perang di Gaza
Arab Saudi menyatakan penghargaan kepada kecaman, bantahan dan penolakan penuh daripada negara-negara Arab terhadap Benjamin Netanyahu yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin.

Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".

Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.

Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.

Gencatan senjata Gaza: Trump akan berdepan lebih banyak tentangan selepas Jordan, Arab Saudi - Penganalisis
Amerika Syarikat dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump akan berdepan dengan lebih banyak tentangan daripada masyarakat antarabangsa mengenai isu Palestin.

Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.