KUALA LUMPUR: Rakyat tempatan dikatakan tidak berminat bekerja di restoran nasi kandar menyebabkan berlaku kekurangan pekerja di restoran-restoran tersebut di seluruh negara.
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, pihaknya sudah berusaha menawarkan kerja kepada warga tempatan namun tidak mendapat sambutan.
Jawahar mendakwa biarpun gaji yang agak lumayan ditawarkan namun warga tempatan tidak berminat untuk bekerja di restoran nasi kandar berbanding di kedai kopi jenama luar negara atau restoran makanan segera.
"Saya tak tahu nak komen dalam isu ini, kita bukan nak perlekehkan orang kita tapi orang kita ini mungkin sudah selesa sangat agaknya.
"Warganegara kita mereka sudi bekerja di restoran (berjenama luar negara) dan restoran makanan segera terkenal yang lain.
"Apa beza dan apa hinanya sektor restoran mamak ni, saya pun tak fahamlah," katanya kepada Astro AWANI.
Menurut Jawahar, pihaknya amat berminat untuk mendapatkan warga tempatan bekerja di restoran nasi kandar kerana ia lebih menjimatkan berbanding pekerja warga asing.
Namun, disebabkan warga tempatan tidak berminat untuk bekerja di restoran nasi kandar maka khidmat warga asing diperlukan.
"Pada hakikatnya kalau warganegara kita sudi bekerja dengan gaji lumayan, kami tidak perlu bergantung dengan pekerja asing.
"Sebenarnya kos pengambil pekerja asing jauh lebih tinggi daripada pekerja tempatan, kami tak perlu buat medical saban tahun nak buat renew semua ini," katanya lagi.
Pada Jumaat Astro AWANI melaporkan perniagaan hampir 200 pengusaha restoran nasi kandar di Pulau Pinang dikatakan berdepan masalah untuk terus bertahan berikutan kehilangan hampir separuh pekerja khususnya perkerja warga asing.
Astro Awani
Sat Oct 23 2021
![Restoran nasi kandar: 'Apa beza dan apa hinanya sektor restoran mamak ni? - Presma Restoran nasi kandar: 'Apa beza dan apa hinanya sektor restoran mamak ni? - Presma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603261886_TBJawaharAli.jpg)
Jawahar mendakwa biarpun gaji yang agak lumayan ditawarkan namun warga tempatan tidak berminat untuk bekerja di restoran nasi kandar berbanding di kedai kopi jenama luar negara atau restoran makanan segera. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Nasi kandar, sajian warisan Malaysia yang perlu diiktiraf - Pengasas Nasi Kandaq Fest 2.0 Nasi kandar, sajian warisan Malaysia yang perlu diiktiraf - Pengasas Nasi Kandaq Fest 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726912685_Nasikandaqfest.jpg)
Nasi kandar, sajian warisan Malaysia yang perlu diiktiraf - Pengasas Nasi Kandaq Fest 2.0
Adly Rizal berkata, tindakan ini perlu dilakukan segera sebelum pihak lain menuntut menjadikan juadah itu sebagai masakan warisan negara mereka.
![11 ‘lejen’ kari paling 'surrr' sertai Nasi Kandaq Festival 2.0 11 ‘lejen’ kari paling 'surrr' sertai Nasi Kandaq Festival 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726901144_tbNasiKandaqFestiv.jpg)
11 ‘lejen’ kari paling 'surrr' sertai Nasi Kandaq Festival 2.0
Pelbagai aktiviti termasuk pertunjukan cendol teh tarik, demonstrasi memasak, pertandingan makan, persembahan muzik era 70-an secara langsung, dan banyak lagi menanti para pengunjung.
![Lelaki pecah rekod baharu makan nasi kandar RM222 Lelaki pecah rekod baharu makan nasi kandar RM222](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707428497_TBNasiKandarMahal.jpg)
Lelaki pecah rekod baharu makan nasi kandar RM222
Lelaki tersebut mengambil 16 ekor sotong, 10 ekor udang, dua ketul ayam, dan lauk sampingan lain seperti kambing, telur sotong serta bendi.
![Promosi nasi kandar babi umpama hina industri - PRESMA Promosi nasi kandar babi umpama hina industri - PRESMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698636920_NasiKandarBabi.jpg)
Promosi nasi kandar babi umpama hina industri - PRESMA
Jawahar Ali berkata, video itu juga boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai terutama pelanggan dan penggemar nasi kandar.
![Lelaki mengamuk ditegur ambil lauk guna jari Lelaki mengamuk ditegur ambil lauk guna jari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679041202_lelakimabuk.jpg)
Lelaki mengamuk ditegur ambil lauk guna jari
Salah seorang suspek turut menggunakan penyepit makanan besi untuk memukul pekerja (mangsa) pada bahagian kepala dan badan.
![Restoran nasi kandar meriah, lokasi pilihan bersahur di Pulau Pinang Restoran nasi kandar meriah, lokasi pilihan bersahur di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61648933918_TinjauanSahurPen.jpg)
Restoran nasi kandar meriah, lokasi pilihan bersahur di Pulau Pinang
Suasana awal pagi begitu meriah apabila ramai yang memilih untuk bersahur di restoran pada malam pertama Ramadan.
![Restoran nasi kandar diberi 2 hari jelaskan isu harga sotong mahal Restoran nasi kandar diberi 2 hari jelaskan isu harga sotong mahal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637764259_Hargasotong.jpg)
Restoran nasi kandar diberi 2 hari jelaskan isu harga sotong mahal
KPDNHEP berkata, tempoh dua hari diberikan kepada pemilik restoran itu untuk berbuat demikian sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
![Selepas 'siakap' Langkawi, 'sotong' di Pulau Pinang pula didakwa 'harga kayangan' Selepas 'siakap' Langkawi, 'sotong' di Pulau Pinang pula didakwa 'harga kayangan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637753604_Sotongmamakmahal.jpg)
Selepas 'siakap' Langkawi, 'sotong' di Pulau Pinang pula didakwa 'harga kayangan'
Pelanggan terbabit mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati sekiranya ingin menikmati nasi kandar di negeri tersebut kerana menyifatkan harga yang dikenakan agak mahal.
![Restoran nasi kandar kurang pekerja tahap 'tenat' Restoran nasi kandar kurang pekerja tahap 'tenat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618222796_restorannasiKandar.jpg)
Restoran nasi kandar kurang pekerja tahap 'tenat'
Masalah kekurangan pekerja di restoran mamak bukan saja sudah mencapai tahap tenat, malah ada yang hanya menunggu masa untuk menutup premis.
![Restoran nasi kandar: 'Apa beza dan apa hinanya sektor restoran mamak ni? - Presma Restoran nasi kandar: 'Apa beza dan apa hinanya sektor restoran mamak ni? - Presma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603261886_TBJawaharAli.jpg)
Restoran nasi kandar: 'Apa beza dan apa hinanya sektor restoran mamak ni? - Presma
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, pihaknya sudah berusaha menawarkan kerja kepada warga tempatan namun tidak mendapat sambutan.