LUMUT: Ribuan penduduk di sini sanggup beratur panjang untuk membeli beras putih import yang dijual dengan harga RM1 sekampit seberat 5 kilogram, yang diadakan di Padang Kampung Datuk Seri Kamaruddin di sini hari ini.
Program Misi Jual Beras RM1 yang bermula 9.30 pagi itu, hanya mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja untuk terjual sepenuhnya.
Bagi suri rumah, Siti Nordiana Kassim, 25, dari Taman Samudera di sini, berkata beliau sanggup beratur seawal pukul 6 pagi untuk membeli beras itu yang dimaklumkan pengenai penjualan beras tersebut daripada jirannya.
"Ini memang peluang (membeli beras RM1) yang tidak pernah saya dapat. Saya bersama jiran datang ke sini awal pagi sebab tidak mahu terlepas untuk membelinya," katanya ketika ditemui pemberita.
Seorang warga emas, Halijah Kassim, 65, dari Kampung Datuk Seri Kamaruddin di sini juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan beras tersebut dan mula beratur di situ sejak 7 pagi tadi.
"Pada mulanya ingatkan program ini scam sahaja sebab tak pernah mana-mana pihak jual beras hanya RM1. Namun, apabila ketua kampung menguar-uarkan dalam kumpulan WhatsApp, baru mak cik percaya.
"Program (beli beras RM1) ini patut diadakan lebih kerap kerana sekarang harga beras pun naik mendadak, jadi dapat jugalah mengurangkan perbelanjaan dapur," katanya.
Suraya Ibrahim, 42, dari Ayer Tawar dekat sini berkata pembelian beras RM1 benar-benar memberi kelegaan kepada dirinya yang membelanjakan kira-kira RM50 untuk pembelian beras sahaja bagi keperluan keluarganya.
"Walaupun hanya dapat beli sekampit beras sahaja dapat juga meringankan beban perbelanjaan bulanan keluarga yang ditanggung sepenuhnya oleh suami," kata ibu kepada dua orang anak itu.
Program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Misi Rakyat menyediakan sebanyak 1,000 kampit beras lima kilogram dan turut menyumbangkan 120 kampit beras seberat lima kg kepada golongan asnaf, warga emas dan ibu hamil yang terpilih.
Sementara itu, pengasas Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi berkata program penjualan beras putih import jenama SITI itu pertama kali dilaksanakan pihaknya dan Program Misi Jual Beras RM1 itu akan dijayakan di Kedah pada Selasa ini.
"Kami melaksanakan program sebegini kerana mahu membantu golongan kurang berkemampuan membeli beras memandangkan makanan ruji itu meningkat harga begitu mendadak ketika ini.
"Kami juga berharap program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara sekiranya ada pihak yang sudi menyumbangkan bagi pembelian beras ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Orang ramai datang seawal 6 pagi untuk membeli beras putih import berjenama SITI dengan hanya RM1 pada Program Misi Jual Beras RM1 di Padang Kampung Dato' Seri Kamaruddin Manjung hari ini. - Foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Ribuan penduduk sanggup beratur beli beras 5kg harga RM1
Ribuan penduduk Lumut sanggup beratur panjang untuk membeli beras putih import yang dijual dengan harga RM1 sekampit seberat 5 kilogram.