KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa yang terjejas, akibat ribut yang berlaku di beberapa daerah di Terengganu lewat petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu Hanafiah Mat berkata, buat masa ini semua ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), telah diarah membuat pemantauan awal di lokasi kejadian.
"Saya difahamkan ribut kuat menyebabkan berlaku kerosakan rumah penduduk di beberapa kawasan perumahan, antaranya di Kuala Berang, Hulu Terengganu; Tok Kah di Dungun dan rumah pangsa di Chendering, Kuala Terengganu.
"Jumlah sebenar keluarga yang terlibat juga masih dalam proses kemas kini. JPKK akan memaklumkan jenis kerosakan dan anggaran kerugian awal yang dialami setiap keluarga, secepat mungkin.
"Bantuan awal juga akan disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut keperluan mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
BACA: Lebih 50 rumah dipukul ribut di Padang Setengge
Ribut kuat yang melanda Terengganu juga, menyebabkan berlakunya kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi dan atap rumah penduduk diterbangkan, namun sehingga kini tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Hanafiah berkata, kerja baik pulih rumah penduduk yang rosak juga akan dimulakan hari ini, dengan penyelarasan kerja dilakukan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta JPKK di kawasan yang terlibat.
"Siasatan terperinci mengenai jumlah kerosakan akan dilakukan JKM, dan dibincangkan dalam mesyuarat khas yang turut dihadiri ADUN kawasan terlibat, untuk memuktamadkan jenis bantuan yang bakal diberi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021
![Ribut di Terengganu: Kerajaan negeri akan bantu mangsa terjejas Ribut di Terengganu: Kerajaan negeri akan bantu mangsa terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625605859_RIBUTDITERENGGANU.jpg)
Ribut kuat menyebabkan berlaku kerosakan rumah penduduk di beberapa kawasan perumahan, antaranya di Kuala Berang, Hulu Terengganu; Tok Kah di Dungun dan rumah pangsa di Chendering, Kuala Terengganu. --fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![AS dilanda ribut salji luar biasa AS dilanda ribut salji luar biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737583532_TBWinter.jpg)
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
![479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut 479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734963436_Ributberputar.jpg)
479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut
Ribut yang melanda empat perkampungan atas air di sini semalam mengakibatkan 497 orang terjejas dengan 113 kediaman rosak serta roboh.
![PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734905360_TBsabahjpg.jpg)
PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
![30 rumah rosak akibat ribut di Semporna 30 rumah rosak akibat ribut di Semporna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734840233_TBsabahjpg.jpg)
30 rumah rosak akibat ribut di Semporna
Kira-kira 30 rumah serta sebuah masjid di dua perkampungan atas air rosak akibat angin kencang yang melanda pada 4.30 pagi tadi.
![Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734567762_penunggangmotosikal.jpg)
Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang
Kejadian angin kuat di kawasan berkenaan menyebabkan penunggang motosikal turut 'ditolak' angin berkenaan.
![Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732404504_TBManyi.jpg)
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
![Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731104057_putingbeliungapm.jpg)
Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.
![Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730413443_flood.jpg)
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
![Kemaman sekali lagi dilanda ribut Kemaman sekali lagi dilanda ribut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729856877_kemaman.jpg)
Kemaman sekali lagi dilanda ribut
Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.
![Ribut, hujan batu di Chukai: Warga emas hampir dihempap bumbung Ribut, hujan batu di Chukai: Warga emas hampir dihempap bumbung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729759222_rumahrosakributp.jpg)
Ribut, hujan batu di Chukai: Warga emas hampir dihempap bumbung
Seorang warga emas nyaris dihempap siling rumah yang runtuh dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai dekat daerah Kemaman, petang semalam.