KUALA LUMPUR: Keadaan hujan lebat dan ribut petir yang melanda di kebanyakan kawasan pantai barat Semenanjung ketika ini bukan perkara luar biasa atau cuaca ekstrem, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon.
Jelas beliau, keadaan cuaca itu berikutan negara kini berada dalam fasa peralihan monsun yang kebiasaannya menyebabkan hujan lebat atau ribut petir untuk waktu singkat, pada waktu petang dan awal malam.
"Setiap tahun perkara (ribut petir) ini berlaku sebenarnya dan selain kilat, ia kadangkala membawa angin kencang sehingga boleh merosakkan struktur bangunan atau pokok tumbang dan sebagainya.
"Agak sukar untuk kami mengatakan cuaca sekarang semakin ekstrem... ini kerana ribut petir sebagaimana yang berlaku semalam (di Kuala Lumpur) pernah berlaku sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar ibu kota semalam, susulan hujan lebat dan ribut petir berterusan sejak 4.30 petang.
Banjir kilat itu menyebabkan kenderaan ditenggelami air serta kesesakan lalu lintas, malah di media sosial juga, orang awam turut berkongsi visual kesan kerosakan harta benda selain struktur bangunan, termasuk gerai khemah peniaga bazar Ramadan roboh dan cermin bangunan pecah akibat dibadai ribut.
Jailan berkata, dalam keadaan ribut petir, angin kencang boleh mencapai kelajuan melebihi 100 kilometer per jam (km/j) yang boleh menyebabkan pokok tumbang serta kerosakan pada struktur bangunan.
Beliau berkata, MetMalaysia meramalkan keadaan cuaca tersebut akan berterusan untuk tempoh beberapa hari akan datang dan pada minggu hadapan, situasi cuaca itu dijangka berkurangan.
"Pada minggu depan, keadaan ini mungkin berkurangan apabila angin mula berubah, namun orang ramai termasuk peniaga serta pengunjung di bazar Ramadan dinasihat untuk lebih berhati-hati dan memantau keadaan cuaca," katanya.
Berdasarkan laporan tinjauan cuaca jangka panjang MetMalaysia pada 30 Mac lepas, fasa peralihan monsun bermula pada 16 Mac dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2021 yang menandakan berakhirnyafasa Monsun Timur Laut sejak 11 Nov lepas.
Dalam tempoh itu, Malaysia menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan pembentukan ribut petir yang lazimnya melanda negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, baratSabah serta barat dan tengah Sarawak.
Keadaan cuaca tersebut berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 14 2021

Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan sekitar ibu kota semalam, susulan hujan lebat dan ribut petir menyebabkan gerai khemah peniaga bazar Ramadan rosak dan roboh.
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

Indonesia kekalkan pengeluaran beras stabil meskipun hadapi cabaran El Nino
Menteri Pertanian Indonesia berkata, pengeluaran beras negara itu mencecah hampir 31 juta tan menjelang akhir tahun ini.

Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan sejarah untuk alam sekitar, tetapi bukan dalam situasi yang positif.

Amaran ribut petir di 9 negeri, Putrajaya dan Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di 9 negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan hingga 6 petang ini.

Monsun Timur Laut: Amaran hujan lebat di 9 negeri, Kuala Lumpur, Putrajaya petang ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 6 petang hari ini.

Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.

El Nino makin lemah, suhu kekal tinggi
WMO pada Selasa memaklumkan corak cuaca El Nino mula lemah, namun akan terus menyemarakkan suhu melebihi purata di seluruh dunia.

Peru lanjutkan tempoh darurat akibat cuaca ekstrem
Peru memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama 60 hari di kebanyakan kawasan berikutan cuaca ekstrem yang disebabkan oleh El Nino dan hujan bermusim.

Hujan lebat di Yaman rosakkan kem perlindungan pelarian
Cuaca ekstrem itu telah memusnahkan infrastruktur rapuh Yaman dan meningkatkan ketakjaminan makanan dan mata pencarian penduduk.

Amaran suhu tinggi untuk lebih 80 juta penduduk Amerika Syarikat
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, beberapa bandar dijangka memecahkan rekod haba pada hujung minggu akan datang.