SAYU dan hiba... Itu perasaan yang menyelubungi setiap individu apabila tiba hari raya.
Mencium tangan ibu bapa untuk memohon keampunan pada pagi Aidilfitri menjadi momen yang paling dirindui anak-anak.
Tahun lalu, kepulangan perantau ke kampung halaman tidak dapat dilakukan kerana larangan rentas negeri, dan tahun ini perkara sama mungkin sekali lagi terpaksa ditempuhi.
Walaupun pahit, hakikat ini perlu ditelan.
Namun, bagaimana kesan psikologi kepada ibu bapa yang merindui kepulangan anak-anak?
Pakar Psikoterapi dan Kaunseling, (Kemurungan dan Kebimbangan), Dr Meriam Omar Din berpandangan, golongan ibu bapa boleh berdepan kemurungan dan tingkah laku agresif jika mereka mengalami kesunyian.
Ia lebih berisiko apabila kebergantungan emosi kumpulan berkenaan hanya kepada anak-anak, tiada tahap perhubungan intim dengan orang sekeliling serta hilang 'tempat mengadu', tambah beliau.
"Kalau dia rindu kepada anak tetapi tiada tempat untuk mengadu dan kena telan seorang diri, memang salah satu ciri kemungkinan besar ialah kemurungan.
"Kemurungan ini ialah orang yang kesunyian... orang yang sunyi cenderung terdedah kepada kemurungan.
"Tetapi kalau dia banyak mengadu masalah kepada anak, dan dia tak dapat mengadu kemarahan daripada (sikap) jiran, itu akan mempunyai kesan terbalik kepada kemurungan iaitu mungkin menjadi agresif.
"Dia boleh jadi mudah pemarah atau salahkan diri sendiri.
"Jika ada kisah silam yang memberi kesan kepadanya, dia mungkin akan marah pada diri sendiri, menyesal dan mungkin boleh berlaku kedua-duanya bergantung kepada personaliti," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.
Jelas beliau, keadaan tersebut boleh mengundang bahaya bergantung kepada tahap kemurungan yang dihadapi oleh individu berkenaan.
Selain mengalami kemurungan, Meriam berkata simptom-simptom lain yang dihadapi oleh individu berkenaan ialah sukar tidur dan rasa putus asa untuk meneruskan hidup.
"Tiada semangat untuk makan, memasak, kelaparan atau tidur sahaja. Ataupun dia dah mula fikir kalau aku terus begini, lebih baik 'aku mati'.
"Kalau semua simpotom itu ada, memang dia tak seharusnya bersendirian, sama ada kena ada kawan atau anak boleh menghubungi ibu bapa," ujarnya lagi.
Katanya, anak-anak perlu memainkan peranan masing-masing dengan selalu menghubungi ibu bapa bagi mewujudkan kemesraan, sekali gus mengurangkan risiko kemurungan.
"Tetapi ibu bapa itu sendiri kena cari alternatif lain. Ada beberapa perkara yang dia boleh buat, salah satunya mewujudkan rakan sebaya.
"Kalau sebelum ini dia dia datang surau dan tak suka berkawan dengan sesiapa, sekarang dia kena cari rakan baik yang boleh mengadu.
"Selain itu, dia boleh buat self-therapy kalau tidak suka bercampur dengan orang.
Contohnya, dia selalu berdoa, mengaji atau melakukan hobi individu misalnya menulis, melukis, menternak, atau berkebun," kongsinya.
Hasimi Muhamad
Thu Apr 22 2021

Dengan kekangan untuk bersama keluarga, anak-anak perlu memainkan peranan masing-masing dengan selalu menghubungi ibu bapa bagi mewujudkan kemesraan, sekali gus mengurangkan risiko kemurungan. - Gambar hiasan

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.