KUALA BERANG: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyarankan supaya pemilik tanah yang ingin menyertai penanaman semula getah bergabung secara berkelompok bagi meningkatkan produktiviti getah negara.
Pengerusinya, Manndzri Nasib berkata, menerusi Program Tanam Semula Berkelompok (TSB), pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
Beliau berkata TSB juga dapat meningkatkan kualiti hasil getah, mengurangkan kos operasi serta aspek kelestarian ladang dalam jangka masa panjang.
"Pengurusan kebun getah melalui konsep gabungan penubuhan jawatankuasa di kalangan pemilik akan memastikan pembangunan serta pengurusan kebun dijalankan dengan lebih ekonomik dan cekap.
"Selain itu, peserta TSB juga mempunyai kelebihan dalam penerimaan prasarana asas termasuk jalan pertanian, parit dan pembentung yang turut memberi faedah kepada penduduk sekitar dalam usaha merancakkan aktiviti ekonomi desa.
"Usaha peningkatan ekonomi menerusi projek integrasi secara 'on farm' atau 'off farm' di kawasan projek TSB seperti tanaman kontan serta ternakan juga boleh dilaksanakan kerana mempunyai potensi janaan pendapatan yang baik," katanya ketika lawatan rasmi ke Projek TSB Tanjung Rengas di Kampung Pasir Simpul, Hulu Terengganu di sini pada Isnin yang turut dihadiri pengarah RISDA Terengganu, Zulkifli Salleh.
Dalam pada itu, Manndzri berkata RISDA juga menyasarkan 82 projek tanaman dilaksanakan secara TSB di seluruh negara pada tahun ini.
Projek itu dijangka melibatkan kawasan seluas 3,156 hektar yang bakal memanfaatkan 1,864 pekebun kecil.
Menurutnya, terbaharu di Terengganu, projek TSB Tanjung Rengas seluas 25.56 hektar sedang dibangunkan di Hulu Telemung dengan peruntukan sebanyak RM350,000 melibatkan 15 peserta projek.
"82 projek ini termasuk di Terengganu, Pahang, dan Sarawak serta beberapa lagi negeri kerana kita sedang dalam usaha proaktif membuka tanah-tanah baharu untuk penanaman getah.
"Projek ini adalah sebahagian daripada usaha memperkasa produktiviti dan pengeluaran getah asli negara sekali gus menyumbang kepada kemakmuran warga desa MADANI," katanya.
Tidak terhenti di situ, RISDA juga menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta tahun ini bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti di bawah Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan Pembangunan Usahawan bagi memperkasa pendapatan pesertanya.
"Pihak RISDA sentiasa mengalu-alukan penyertaan daripada semua pihak yang berminat untuk terlibat dengan program penanaman getah yang menjadi antara komoditi penting negara.
"Setakat ini, seramai 553,000 peserta bernaung di bawah RISDA dengan keluasan kawasan tanaman melebihi satu juta hektar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Manndzri (tengah) melakukan proses tanaman pokok getah pada Program Lawatan Kerja Tahun 2024 di Kampung Pasir Simpul, Kuala Berang, 20 Mei 2024. -- fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.

RISDA peruntuk RM74.46 juta tingkatkan pendapatan pekebun kecil
Daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan.

Bajet 2023: RISDA mohon bantuan musim tengkujuh ditingkatkan
Tahun lepas, RISDA memperuntukkan RM191 juta BMT kepada setiap pekebun kecil yang memiliki keluasan kebun getah kurang daripada 2.5 hektar.

Dua menara telekomunikasi baharu untuk penduduk DUN Slim
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua menara tersebut dijangka beroperasi menjelang suku kedua tahun 2021.

11 kakitangan RISDA dihadap ke mahkamah buat tuntutan palsu
Semua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Noriah Osman.

Belanjawan 2020: Pastikan insentif untuk petani sampai kepada golongan sasar
Pergetah Kedah berkata ini kerana ada bantuan sebelum ini tidak sampai kepada pihak yang sepatutnya kerana beberapa isu.

PM Najib umum 'duit raya' berjumlah RM106.81 juta kepada 33,864 pekebun kecil
Jumlah tersebut merangkumi 16,080 peserta Rancangan Tanaman Baharu Berkelompok (RTBB) sebanyak RM38.16 juta dan 17,784 peserta Tanam Semula Komersial (TSK) sebanyak RM68.64 juta.