Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu pada Sabtu mengkategorikan senario orde keselamatan kepada tiga pandangan strategik dengan meramalkan isu-isu berkaitan risiko bukan tradisional dan trend yang muncul memberi kesan kepada rantau Asia.
"Pandangan ini bakal menjadi tumpuan utama pada masa akan datang kerana ia menimbulkan cabaran besar. Jenayah maritim, keganasan dan keselamatan siber adalah cabaran utama yang perlu ditangani dengan sewajarnya," kata beliau ketika berkongsi perspektifnya mengenai tajuk "Asia's Evolving Security Order and Its Challenges" pada sesi pleno Dialog Shangri-la IISS ke-18 2019 di sini.
Mohamad yang berada di sini untuk Dialog selama tiga hari itu yang berakhir Ahad berkata jenayah maritim, terutama kegiatan lanun dan perampasan di laut, memerlukan pendekatan yang lebih kolaboratif di kalangan negara.
Beliau berkata isu-isu maritim berpotensi menjadi ancaman kepada negara-negara jika usaha bersepadu tidak digerakkan secara efektif.
"Jelas, perairan di Asia Tenggara menghadapi pelbagai cabaran, meliputi ancaman tradisional dan bukan tradisional di dalam dan luar pesisir," katanya.
Mohamad menarik perhatian bahawa persaingan kuasa-kuasa besar meningkatan lagi ketegangan di Laut China Selatan.
"Akibatnya, timbul risiko lebih besar bagi kepada kapal-kapal tentera laut dan pesawat yang menimbulkan kemungkinan berlaku pertembungan yang boleh mencetuskan konflik besar yang mengheret negara-negara anggota ASEAN ke kancah peperangan.
"Satu daripada isu itu ialah laut China selatan yang melibatkan keselamatan dan kelangsungan hidup kebanyakan negara jiran," kata beliau.
Mohamad menegaskan bahawa Laut China Selatan harus kekal sebagai kawasan aman persahabatan dan perdagangan dan bukan sebaliknhya rantau konfrontasi dan konflik yang ASEAN dan seluruh dunia dapat memanfaatkan lokasi strategiknya.
Menurut Mohamad, pandangan strategik kedua meramalkan senario di Asia Tenggara dan intra-Asia yang nmelibatkan tuntutan bertindih, pergerakan besar pelarian dan kebangkitan konflik dalaman.
"Isu pelarian Rohingya adalah bukti nyata konflik dalaman yang bertukar menjadi krisis kemanusiaan utama. Pendirian Malaysia mengenai isu Rohingya diketahui umum dan konsisten. Kami percaya bahawa keadaan di Rakhine tidak lagi menjadi konflik dalaman.
"Piagam ASEAN menyatakan dengan keras mengenai prinsip tidak campur tangan, dan Malaysia akan terus berpegang kepada prinsip ini," katanya.
Bagaimanapun, Mohamad berkata di luar dimensi kemanusiaan, terdapat juga dimensi keselamatan dan strategik yang menyaksikan pergerakan Rohingya secara meluas mewujudkan ketidakstabilan di rantau ini.
Sementara itu, satu lagi tinjauan strategik menggambarkan cabaran untuk mengawasi ketidaktentuan dan orde serantau yang kompleks akibat persaingan geopolitik.
"Pandangan ini terbit disebabkan oleh struktur kuasa multipolar yang dimanifestasikan oleh pentadbiran baharu Amerika Syarikat dan objektif dasar ekonomi dan keselamatan China untuk rantau ini.
"Ketidakpastian dalam hubungan antara Amerika Syarikat dan China akan kekal sebagai faktor yang jelas dalam membentuk kestabilan rantau Asia Pasifik khususnya negara-negara Asia Tenggara," kata Mohamad.
Turut berucap di platform yang sama ialah rakan sejawatannya dari Perancis dan Britain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2019

Mohamad Sabu ketika ketika berkongsi perspektifnya mengenai tajuk "Asia's Evolving Security Order and Its Challenges" pada sesi pleno Dialog Shangrila-la IISS ke-18 2019 di Singapura. - Facebook/mohamadsabumenhan
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Risiko keselamatan bukan tradisional bakal jadi tumpuan utama - Mat Sabu
Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Sabu mengkategorikan senario orde keselamatan kepada tiga pandangan strategik.