IPOH: Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada Jumaat membebaskan dengan jaminan Ibrahim Mat Zin atau digelar Raja Bomoh yang disiasat atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.
Ibrahim, 71, bersama sepupunya, Suliaha Abdul Hamid, 62, yang dikenali sebagai 'Puteri Zaleha' masing-masing diperintahkan membayar wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin di kalangan ahli keluarga.
Hakim Syarie Mohammad Najib Ab Razak membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie, Suhaili Ishak yang dikemukakan mengikut Seksyen 22 Enakmen Tatacara Jenayah Perak 2004.
Pihak pendakwaan bagaimanapun tidak mengemukakan kertas pertuduhan pada prosiding itu kerana masih memerlukan masa untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan lanjut.
Dalam prosiding itu, Suhaili memberitahu mahkamah bahawa dua individu terbabit telah disiasat di bawah Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 di sebuah rumah di Taman Rapat Jaya 1, Ipoh sekitar jam 3.45 petang, 6 Januari lepas.
Bagi tujuan siasatan itu, dikemukakan agar kedua-dua mereka diberikan satu pembebasan dengan satu cagaran penjamin oleh mahkamah.
Suhaili memohon agar mahkamah mengenakan kadar jaminan maksimum RM3,000 mengambil kira kepentingan awam memandangkan kes itu telah tular dan mendapat perhatian umum.
BACA: Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala
Dalam rayuannya, Ibrahim yang mempunyai 32 anak dan tiga isteri, manakala Suliaha, seorang pesara kerajaan memohon agar jaminan dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM3,000 setiap seorang dan 23 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Siasatan ke atas mereka dibuat ekoran satu ritual menolak musibah banjir yang dilakukan mereka di Dataran JPS di Teluk Intan yang videonya tular di media sosial.
Susulan video tular itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Rabu telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam serta Seksyen 16 enakmen sama kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jan 07 2022
![Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641544538_IbrahimMatZin.jpg)
Ibrahim Mat Zin atau digelar -Raja Bomoh- ditemui media selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini. - Foto BERNAMA
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Mohd Na'im arah Pejabat Mufti WP panggil 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zain Mohd Na'im arah Pejabat Mufti WP panggil 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724921488_tbRajaBomoh.jpg)
Mohd Na'im arah Pejabat Mufti WP panggil 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zain
Menteri Agama mengarahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memanggil Ibrahim Mat Zain atau digelar 'Raja Bomoh' dengan segera.
![Hina Islam: Prosiding kes 'Raja Bomoh' tangguh dua bulan lagi Hina Islam: Prosiding kes 'Raja Bomoh' tangguh dua bulan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645594386_RajaBomoh.jpg)
Hina Islam: Prosiding kes 'Raja Bomoh' tangguh dua bulan lagi
Hakim membuat ketetapan itu selepas membenarkan permohonan pendakwa untuk melengkapkan siasatan sebelum mengemukakan kertas pertuduhan.
![Raja Bomoh janji tidak ulangi ritual pelik Raja Bomoh janji tidak ulangi ritual pelik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641550438_IbrahimMatZin.jpg)
Raja Bomoh janji tidak ulangi ritual pelik
Ibrahim turut berjanji untuk mematuhi fatwa yang telah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada tahun 2015 mengenai upacara perbomohan yang dijalankannya.
![Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641544538_IbrahimMatZin.jpg)
Ritual tolak banjir: Siasatan belum selesai, Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebas dengan ikat jamin
Ibrahim Mat Zin atau digelar 'Raja Bomoh' yang ditahan atas dakwaan mencela dan menghina agama Islam, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah hari ini.
![Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641528590_RajaBomoh.jpg)
Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini
Turut didakwa bersama individu berusia 71 tahun itu ialah seorang wanita yang dikenali 'Puteri Zaleha'.
![Raja Bomoh buat laporan polis Raja Bomoh buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641511777_RajaBomohbuatlap.jpg)
Raja Bomoh buat laporan polis
Laporan itu dibuat pada jam 12.30 tengah malam pada Rabu di Balai Polis Teluk Intan.
![Ritual tolak banjir 'Raja Bomoh' dan 'Puteri Zaleha' bercanggah ajaran Islam - Ahmad Marzuk Ritual tolak banjir 'Raja Bomoh' dan 'Puteri Zaleha' bercanggah ajaran Islam - Ahmad Marzuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641378624_TBMASHUPBOMOH.jpg)
Ritual tolak banjir 'Raja Bomoh' dan 'Puteri Zaleha' bercanggah ajaran Islam - Ahmad Marzuk
Ritual menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam.
![Kerajaan harap Arab Saudi benar jemaah tunai haji tahun ini - Idris Kerajaan harap Arab Saudi benar jemaah tunai haji tahun ini - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640421893_umrah.jpg)
Kerajaan harap Arab Saudi benar jemaah tunai haji tahun ini - Idris
Kerajaan berharap Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji oleh jemaah luar negara tahun ini, walaupun dunia berhadapan dengan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron.
![Ritual tolak banjir Raja Bomoh: JAIPk buka kertas siasatan Ritual tolak banjir Raja Bomoh: JAIPk buka kertas siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641378624_TBMASHUPBOMOH.jpg)
Ritual tolak banjir Raja Bomoh: JAIPk buka kertas siasatan
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.
![Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641378624_TBMASHUPBOMOH.jpg)
Raja Bomoh kembali lagi, kali ini dengan 'Puteri Zaleha' buat ritual tolak bala
Ketika banjir melanda beberapa negeri di Malaysia, nama "Raja Bomoh" kembali menjadi sebutan warganet.