KUALA LUMPUR:Garis panduan sedia ada bagi penguatkuasaan sungai yang dirizabkan tidak cukup tegas bagi mengekang pencemaran sungai.
Pakar Kualiti Air dan Permodelan, Dr Zaki Zainudin berkata, perlindungan ke atas sungai-sungai yang dirizabkan hanyalah berbentuk garis panduan dan bukannya undang-undang.
"Jadi saya berpendapat, penguatkuasaan yang lebih ketat perlu bagi mengelakkan sebarang aktiviti di kawasan sungai yang telah dirizabkan," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Baru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberitahu, sebanyak 22 loji rawatan air (LRA) di Sabah berdepan masalah untuk membekalkan air bersih berikutan pencemaran sungai yang menjejaskan operasi loji.
Antara punca banyak daerah di seluruh negeri ini berdepan masalah bekalan air, selain menjejaskan perkembangan sektor industri kerana bekalan air tidak mencukupi atau sering terganggu.
Zaki menjelaskan, pembangunan termasuk pertanian di tebing sungai tidak seharusnya dibenarkan kerana ia menganggu ekosistem kawasan tersebut.
"Apabila berlaku pencerobohan, tumbuhan yang bertindak memegang tanah di tebing sungai tidak ada lagi yang akhirnya akan menyebabkan hakisan," ujarnya.
Beliau berkata, disebabkan pelbagai faktor termasuk pencerobohan tanah akan menyumbang berlakunya pencemaran sumber air dengan dengan tahap kekeruhan melebihi 1,000 Nephelometric Turbidity Unit (NTU).
"Namun dengan teknologi konvensional yang kita ada, kemampuan loji hanya mampu merawat air yang mencatatkan tahap kekeruhan di bawah 1,000 NTU," katanya lagi.
Astro Awani
Sun Jan 24 2021
Dr Zaki Zainudin berkata, perlindungan ke atas sungai-sungai yang dirizabkan hanyalah berbentuk garis panduan dan bukannya undang-undang. - Gambar hiasan/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Israel bebaskan 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dalam pertukaran tawanan
Ratusan rakyat Palestin berhimpun di sekitar Ramallah untuk menyambut kepulangan tahanan yang dibebaskan, sambil mengibarkan bendera Palestin.
Operasi pengusiran: Komuniti imigran di AS resah
Pentadbiran Donald Trump mengarahkan pihak berkuasa untuk melakukan sekurang-kurangnya 1,800 penangkapan pendatang tanpa izin setiap hari, menyebabkan komuniti imigran gelisah dan tidak dapat hidup tenang.
Gencatan senjata: Rakyat Palestin bersiap terima rawatan di luar negara
Nariman Shekshek gembira anakanya akan menerima rawatan, namun dia menyuarakan kebimbangan untuk meninggalkan anak-anaknya yang lain.
Mayat, sisa pesawat kecil terhempas berselerakan
Pada masa sama, rakaman video oleh saksi turut menunjukkan mayat serta anggota badan berselerakan di jalan serta dalam rumah berdekatan.
Agensi PBB akan terus beri bantuan kepada Gaza
UNRWA tidak menerima sebarang arahan rasmi daripada pihak berkuasa Israel tentang bagaimana mereka merancang untuk melaksanakan larangan tersebut.
Barangan runcit dan lembu seludup bernilai lebih RM700,000 dirampas
Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dan barangan runcit dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM706,750 dalam dua serbuan berasingan.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Pembelian 30 pesawat pejuang jenis F/A-18C D Hornet terpakai dari Kuwait dijangka dimuktamadkan tahun ini.
Jawatan presiden, timbalan presiden mungkin tak dipertandingkan
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Mei ini.
Pelepasan air loji kumbahan disyaki punca bau busuk di Sungai Skudai - JAS Johor
Air berwarna hitam berbau busuk yang mengalir ke Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru di sini, disyaki berpunca daripada pelepasan air kumbahan dari Loji Rawatan Kumbahan (STP) berdekatan.
Pencemaran: Dua syarikat perlombongan di Gua Musang diarah henti kerja serta-merta
Dua syarikat dipercayai menyebabkan pencemaran di Sungai Kelaik, Gua Musang, Kelantan diarah untuk menghentikan kerja-kerja perlombongan berkuat kuasa serta-merta.
Air loji kumbahan antara punca utama 25 sungai tercemar - JAS
Pelepasan air dari loji kumbahan merupakan antara punca utama yang menyebabkan 25 sungai di seluruh negara berada dalam kategori tercemar.
Pulau Pinang cadang bina pusat proses najis ternakan babi selesai isu pencemaran
Pulau Pinang akan berbincang mengenai cadangan membina pusat pemprosesan najis ternakan di Kampung Selamat di sini bagi mengatasi isu pencemaran Sungai Kereh.
Sisa kimia tercemar akan dipindah segera dari kawasan perindustrian Tiong Nam
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru akan mengambil tindakan bagi memindahkan sisa kimia tercemar dari Kawasan Perindustrian Tiong Nam.
Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah
Malaysia mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bukan sekadar merawat dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik
Pemeriksaan di kawasan perkampungan Sungai Lembu, di sini mendapati pencemaran di Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah, berlaku akibat pelepasan sisa ladang ternakan itik.
Ladang babi disyaki cemar Sungai Kulim, Sungai Air Merah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi.
Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.
Tindakan pantas pihak berkuasa elak LRA Linggi tercemar - Aminuddin
LRA Linggi yang membekalkan sumber air kepada 47,000 akaun pengguna masih beroperasi pada kapasiti 100 peratus.