KUALA LUMPUR: Kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan Datuk Rizalman Ibrahim ketika diminta reaksinya mengenai pelantikan sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuat kuasa 13 Ogos 2023 hingga 30 Julai 2025.
Kepada personaliti yang pernah meraih kemasyhuran sebagai pereka fesyen tersohor negara itu, pelantikan itu diterima dengan penuh keinsafan selain harus dipikul dengan amanah yang cukup besar.
Rizalman yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-52 pada 28 Oktober ini mengakui, beliau secara peribadi terkejut dengan pelantikan di akademi pengajian yang sama sekali bertentangan dengan latar belakang pendidikan dan pengalamannya.
Namun, anak kelahiran Pulau Pinang itu dalam masa sama optimis, tanggungjawab baharu yang dipikulnya itu akan memberi ruang dan kesempatan buat beliau berkongsi aspirasi dan ilmu serta pengalaman mengenai usaha pembangunan ummah.
Bertepatan dengan prinsip Islam adalah cara hidup yang sebenar, Rizalman berikrar untuk memberi panduan yang tepat mengenai keperluan menjadikan agama sebagai sendi dalam sistem kehidupan manusia.
Kata Rizalman, tugasnya di ACIS atau Fakulti Akademi Kontemporari Islam lebih tertumpu kepada perkongsian ilmu dan pengalaman bukan sahaja dengan pelajar, bahkan, pasukan tenaga pengajar dan pengurusan juga akan dilibatkan sama.
“Realitinya, kita semua (manusia) datang dari sebuah ‘universiti’ (dunia) yang sama. Dunia adalah universiti kepada kita. Manusia adalah pelajar-pelajarnya dan saya bersyukur kerana dipilih sebagai salah seorang pembimbing oleh ACIS untuk membimbing pelajar.
“Pelantikan ini amat besar maknanya buat saya sebagai khalifah di bumi Allah SWT. Namun, sebelum menerima tugas besar ini, saya mohon pada Allah bantu saya tambahkan ilmu di dada untuk melancarkan amanah ini.
“Saya sedar saya juga manusia, ada banyak kekurangan, namun, dalam masa sama saya sentiasa yakin bahawa pengalaman dan kemahiran serta penglibatan saya dalam kerja-kerja kemasyarakatan selama ini akan menjadi bekalan buat saya di ACIS kelak,” ujarnya dalam temu bual dengan Astro AWANI, hari ini.
Untuk rekod, Rizalman juga sebelum ini merupakan Ahli Lembaga Pengarah UiTM selama tiga tahun.
Sebagai Profesor Adjung di ACIS, Rizalman yang juga Alumni UiTM diberi ruang untuk memberikan kuliah di akademi berkenaan selain berkongsi apa sahaja perihal yang boleh membawa kepada kebaikan ACIS, institusi pengajian itu serta pembangunan ummah secara keseluruhan.
“Saya amat teruja untuk berkongsi pandangan dan pengalaman bagaimana mencari model yang selesa untuk tangani masa depan agama penerimaan agama dalam masyarakat dan negara menerusi pelantikan ini.
“Sudah tentu segala perkongsian saya di ACIS akan berteraskan pada fundamental Islam, namun, tidak akan sama sekali mengabaikan keperluan dan tuntutan kita sebagai manusia di dunia ini,” jelas Rizalman.
Selepas mengumumkan persaraan sebagai pereka fesyen pada 20 Februari 2020, Rizalman memberikan fokus pada kerja-kerja kebajikan selain tekun meneladani pengajian agama.
Susulan keputusan beliau meninggalkan gelanggang fesyen, Rizalman mengasaskan Yayasan Rizalman Ibrahim bersandarkan kepada niatnya untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat sejagat.
Sehingga kini, Yayasan Rizalman Ibrahim yang tidak henti-henti menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan selain memberikan bantuan dari segi dana kepada sejumlah besar pelajar dari pelbagai universiti terkemuka negara.
Sementara itu, pelantikan Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung di ACIS disambut baik oleh Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC).
Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, pelantikan Rizalman dibuat berdasarkan pengalaman luas pereka fesyen dan ahli perniagaan tersohor negara itu dalam bidang yang diceburi beliau selama tiga dekad.
Pelantikan pengasas dan Pengerusi RIC itu juga diyakini akan memberi peluang kepada Rizalman menyumbang idea dan buah fikiran dalam mengolah pemikiran generasi muda.
“Berbekalkan pengalaman luas di dalam pelbagai bidang yang diceburi selama ini serta jiwa ‘Philanthropis’ yang beliau miliki, kami yakin Datuk Rizalman dapat menyumbang idea dan buah fikiran dalam mengolah pemikiran generasi muda terutamanya di institusi pengajian tinggi untuk menjadi seorang yang berfikiran luas dan berpandangan jauh,”kata RIC lagi.
Saharudin Musthafa
Fri Oct 06 2023

Datuk Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuat kuasa 13 Ogos 2023 hingga 30 Julai 2025.
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Rizalman Ibrahim dilantik Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Ini merupakan lantikan akademik kedua buat Rizalman selepas dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam, UiTM pada Ogos 2023.

Rizalman Ibrahim dilantik Profesor Adjung UiTM
Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuat kuasa 13 Ogos 2023 hingga 30 Julai 2025.

COVID-19: Rizalman tutup operasi syarikat sementara waktu
Keputusan diambil sebagai langkah keselamatan, sekali gus membantu mengurangkan penularan jangkitan akibat wabak itu.

Kesuma Jiwa citra cinta Rizalman Ibrahim
Kesuma Jiwa bukan sekadar sebuah persembahan muzikal yang diadunkan dengan fesyen yang sinonim dengan Rizalman Ibrahim.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

"Saya takut tidak bersedia bila dijemput oleh Allah" - Rizalman umum bersara sebagai pereka fesyen
Datuk Rizalman Ibrahim mengejutkan penonton konsert Kesuma Jiwa di Istana Budaya, di sini dengan mengumumkan mengundurkan diri dari bidang fesyen.

"Dayang tidak mengenakan bayaran satu sen pun" - Rizalman buka rahsia
Menurut Rizalman, pelantun lagu hit Lelaki Teragung itu mahu mengadakan persembahan pada acara itu nanti atas dasar erti sebuah persahahatan yang dianggap lebih tinggi nilainya.

Ini ucapan Rizalman sempena ulang tahun keputeraan Raja Permaisuri Agong
Semoga Allah panjangkan usia Tuanku...

Tunku Azizah curi tumpuan netizen, mencemar duli di Live IG Rizalman
Menjunjung kasih Tuanku.

#AgongKita: Saya dan Tuanku umpama satu roh, dua jasad - Rizalman Ibrahim
Menurut Datuk Rizalman Ibrahim, Raja Permaisuri Agong dan beliau berkongsi minat sama - daripada memasak sehinggalah kepada rekaan hiasan dalaman.