Kerajaan negeri Kedah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi tujuan penyaluran bantuan makanan kepada penduduk yang terputus bekalan dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di daerah Kota Setar, pada Isnin.
Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata penghantaran bekalan itu akan diuruskan oleh petugas-petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
"Agihan sendiri bantuan tidak dibenarkan kerana dibimbangi akan menyebabkan penularan virus COVID-19 menerusi pergerakan keluar masuk ke kawasan PKPD," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Beliau berkata mana-mana badan bukan kerajaan (NGO), persatuan atau individu yang berhasrat untuk turut menyumbang boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pejabat Daerah Kota Setar di talian 04-7027080.
"Mereka yang terputus bekalan makanan sepanjang PKPD juga boleh hubungi terus talian sama untuk membuat aduan dan memaklumkan alamat kediaman masing-masing," katanya.
Muhammad Sanusi berkata selain itu, 'food bank' Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang terdapat di semua masjid di seluruh negeri itu, termasuk di kawasan PKPD juga boleh dimanfaatkan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan.
"Penduduk yang terbabit boleh menghubungi penolong amil LZNK atau jawatankuasa masjid di kawasan berhampiran masing-masing untuk mendapatkan bekalan," katanya.
Beliau berkata di daerah Kota Setar, terdapat kira-kira 6,000 penerima bantuan tetap bulanan daripada JKM, LZNK, dan Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) yang menerima bantuan terus ke akaun masing-masing.
BACA: Penduduk di PKPD Kota Setar diminta hubungi PKOB jika perlu bantuan makanan
Menurut beliau, sebanyak 366,787 penduduk diletakkan di bawah PKPD secara pentadbiran bermula 11 September hingga 25 September ini, berikutan penularan pandemik COVID-19 daripada kluster Telaga dan kluster Sungai di daerah itu.
"Sebelum ini, kerajaan negeri telah membelanjakan RM500,000 sebagai bantuan kepada penduduk yang terputus bekalan makanan semasa PKPD di Amanjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020

Muhammad Sanusi berkata, 'food bank' Lembaga Zakat Negeri Kedah yang terdapat di semua masjid di seluruh negeri boleh dimanfaatkan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PMB Investment umum agihan 1.00 sen seunit bagi dana Shariah Global Equity
Agihan berkenaan telah dikredit kepada pemegang unit berdasarkan tarikh selepas 31 Jan dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 1 Feb.

RM136.4 juta diagihkan kepada peserta Felcra
Keuntungan boleh agih projek-projek Felcra Berhad Malaysia bagi tahun 2021 secara keseluruhannya berjumlah melebihi RM475.2 juta.

Gangguan bekalan air di KL pulih 98 peratus - Air Selangor
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter.

Pencemaran LRA Sg Semenyih: Bekalan air bersih mula disalurkan secara berperingkat
Penyaluran bekalan air itu dilakukan secara berperingkat berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Usahawan agih 900 kg daging korban sempena Aidiladha
Selain mengagihkan daging korban, beliau dan pasukannya turut memberi sumbangan barangan keperluan asas kepada golongan memerlukan.

COVAX sasar agih 520 juta dos vaksin ke Afrika tahun ini
Walaupun tahap pengagihan vaksin pada masa ini dilihat perlahan, namun COVAX merasakan ia akan meningkat mulai September ini.

Selangor terima 615,000 dos vaksin COVID-19 setakat 1 Jun
Pemberian vaksin COVID-19 fasa pertama melibatkan 233,874 dos, manakala pemberian bagi fasa kedua adalah 192,096 dos.

PRU15: Rundingan agihan kerusi Bersatu, Pas capai 30 peratus - Ahmad Faizal
Rundingan pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Bersatu dengan PAS bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini mencapai 30 peratus dan dijangka diselesaikan secepat mungkin.

Agihan bubur lambuk secara pandu lalu patuhi SOP COVID-19
Agihan secara pandu lalu diteruskan tahun ini dengan mematuhi SOP bagi mengelakkan orang ramai daripada berhimpun ketika mendapatkan juadah berbuka puasa itu.

Pengagihan makanan secara terus kepada gelandangan pada bulan Ramadan dilarang - DBKL
Kawal selia itu dilaksanakan bagi mengelak berlaku pembaziran dan kekotoran, selain mengekang penularan wabak COVID-19.