KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa RM100,000 daripada RM120,000 yang dipindahkan daripada akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) atas arahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak digunakan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Hidayah Kamarudin berkata sebaliknya hasil siasatan mendapati Syed Saddiq memasukkan wang RM100,000 itu ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik Ahli Parlimen Muar itu menerusi dua transaksi pada Jun 2018.
Menurut saksi pendakwaan ke-28 itu, Syed Saddiq telah mengarahkan Rafiq Hakim Razali, yang ketika itu penolong bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) supaya memindahkan wang berjumlah RM120,000 daripada akaun ABBE ke dalam akaun peribadi Maybank miliknya melalui empat transaksi pada 8, 11,12 dan 21 Mei 2018 untuk kempen PRU14.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Mohd 'Afif Ali berhubung sumber wang yang dimasukkan ke dalam akaun ABBE, Nurul Hidayah menjawab ia merupakan hasil daripada penjualan cenderahati Armada, kemeja-T dan sumbangan ketika majlis makan bagi mengumpul dana yang dianjurkan sayap parti Bersatu itu.
Mohd 'Afif: Berkenaan majlis makan mengumpul dana itu, ada Puan siasat berapa kali ia dibuat?
Nurul Hidayah: Terdapat dua majlis makan dibuat iaitu pada 7 dan 8 April, di Muar, Johor dan di Hotel De Palma di Ampang. Kedua-dua majlis tersebut diadakan pada waktu siang.
Sementara itu, pada prosiding perbicaraan sebelah petang, suasana di dalam mahkamah bertukar sedikit tegang apabila peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq meninggikan suara ketika menyoal balas saksi itu kerana beliau tidak menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh peguam tersebut.
Ia bermula apabila Nurul Hidayah tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa pergerakan dan kebajikan politik di kawasan Muar, Johor wujud.
Gobind: Kenapa kamu tidak setuju ia wujud? Kamu ada jumpa Amsyar? (Amsyar merupakan seorang individu yang dikatakan menguruskan kewangan peribadi dan politik Syed Saddiq).
Nurul Hidayah: Bukan saya yang rakam percakapan dia.
Gobind: Jadi bukan kamu sendiri yang jumpa dan tanya dia (Amsyar)?
Bagaimanapun, saksi tidak menjawab soalan itu apabila ditanya beberapa kali oleh peguam berkenaan.
Gobind: Jawab saya, Puan Nurul Hidayah (dengan suara tinggi). Jadi kamu sebenarnya tidak tahu, bukan? Kamu juga selaku pegawai penyiasat gagal untuk siasat kes ini secara menyeluruh.
Nurul Hidayah tidak menjawab soalan itu.
Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung 3 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022

Saksi memberitahu, wang RM100,000 itu dimasukkan ke dalam akaun ASB milik Ahli Parlimen Muar itu menerusi dua transaksi pada Jun 2018. - Gambar fail

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.

Syed Saddiq, Bella masak bersama, netizen doakan berjodoh
Mereka berdua dilihat memasak lasagna dan puding karamel bersama, sambil berinteraksi dengan penonton secara santai dan menghiburkan.

Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?

Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.

Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Syed Saddiq tekad untuk menggunakan semua saluran yang ada termasuk diplomasi dengan kerajaan dan undang-undang bagi mendapatkan peruntukan untuk kebajikan pengundi di Muar.

Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.

Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.