IPOH: Sebanyak RM15 juta peruntukan telah dibelanjakan untuk membangunkan projek Pelancongan Warisan Ipoh (IHT).
Pakej pertama projek melibatkan pembangunan di Ipoh Padang dan Kinta Riverwalk yang menelan kos RM4 juta telah siap pada 8 Mac 2022 manakala pakej kedua bernilai RM11 juta melibatkan kerja-kerja naik taraf Dewan Bandaran dan Pejabat Pos Lama siap 20 Mei lalu.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, projek itu adalah bagi menaik taraf kemudahan pengunjung dan pelancong di kawasan tumpuan pelancongan warisan yang terletak di kawasan Pekan Lama.
“Pekan Lama Ipoh berpotensi untuk dijadikan kawasan tumpuan pelancong kerana berdekatan dengan kemudahan keretapi yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan kunci Bangunan Dewan Bandaran Ipoh dan Pejabat Pos Lama, di sini, hari ini.
Pelaksanaan projek IHT itu telah dibiayai dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).
Ia melibatkan kerja-kerja pemuliharaan, baik pulih dan naik taraf bangunan Dewan Bandaran Ipoh sebagai pusat persembahan seni serta kerja-kerja pemuliharaan, baik pulih dan naik taraf bangunan Pejabat Pos Lama sebagai galeri karya-karya seni dan digital.
Sandrea berkata, projek itu antara lain bagi mempergiatkan lagi industri muzik di Ipoh selepas ia diiktiraf dalam senarai Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori muzik pada 2023.
“Selepas penyerahan ini, Majlis Bandaraya Ipoh akan menambah baik persiapan terakhir dan kita jangka hujung tahun ini siap sedia terima program.
“Ini sebahagian usaha bukan sahaja berkaitan pelancongan tapi berkait rapat dengan kebudayaan dan usaha kita menaikkan nama Ipoh dan menggiatkan industri muzik persembahan dan kebudayaan,” ujarnya.
Pada majlis itu, Ketua Wilayah NCIA Perak dan Pulau Pinang, Fauzan Ismail menyerahkan kunci Dewan Bandaran kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Rumaizi kemudiannya menyerahkan kunci Pejabat Pos Lama kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara yang diwakili Ketua Pengarahnya, Amerrudin Ahmad.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jun 24 2024

Rumaizi (kiri) menyerahkan kunci kepada Amerrrudin (kanan) sambil diperhatikan Sandrea dan Fauzan. - Gambar Astro AWANI

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RM15 juta bangunkan projek Pelancongan Warisan Ipoh
Pelaksanaan projek Pelancongan Warisan Ipoh dibiayai dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).