BATU PAHAT: Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM7 juta untuk usaha 'quick win' bagi mengatasi masalah banjir di daerah ini, termasuk masalah banjir termenung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata peruntukan tersebut, membabitkan penggalian parit-parit dan pembelian pam air, yang akan disalurkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi agensi pelaksana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
"Dalam keadaan itu, langkah-langkah 'quick win' ini, akan dilakukan dalam tempoh seminggu dua ini untuk kita lihat keberhasilannya, terutamanya dalam mengorek parit-parit yang sebu dengan lumpur dan sampah sarap yang ada sehingga menyebabkan penyumbatan pengaliran.
"Selain itu, JPS juga cadangkan pam-pam air untuk mengepam air segera, terutamanya apabila air laut mula surut, pam ini akan digunakan sepenuhnya," kata beliau kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Sri Medan, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Azmi Rohani.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata bagi permohonan projek jangka panjang, iaitu rancangan tebatan banjir (RTB) di daerah ini berjumlah RM50 juta akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Memandangkan terdapat sekolah-sekolah yang sering digunakan sebagai PPS kerana lokasinya agak tinggi, beliau akan mengarahkan NADMA untuk membuat kerjasama pintar dengan sekolah-sekolah ini untuk mempunyai dewan tetap.
"Kita telah mendahulukan lapan sekolah terlebih dahulu di Johor melibatkan Mersing dan Batu Pahat.
"Kita akan membina dewan-dewan sekolah yang akan dijadikan PPS tetap, ertinya di luar musim banjir, dewan-dewan itu akan dapat digunakan untuk pihak sekolah terutamanya untuk aktiviti sekolah," kata beliau.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat itu juga, akan mengarahkan Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk segera mewujudkan keanggotaan sebesar sebuah regimen, untuk setiap kawasan parlimen.
"Ini kita akan koordinasikan untuk seluruh 222 Parlimen di seluruh negara dan ini akan dilakukan, insya-Allah pada tahun ini juga.
"Kita harap dengan adanya kerja-kerja yang terkoordinasi ini, maka kita telah mengambil langkah-langkah ke hadapan, untuk membantu rakyat keseluruhannya," kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Satu regimen bermaksud antara 300 sehingga 1,000 anggota dan pada masa ini, difahamkan Johor mempunyai 1,000 anggota APM di seluruh negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah beramah mesra bersama kanak-kanak mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Medan hari ini. - Foto BERNAMA

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.

Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sabtu - MB
Gelombang kedua banjir yang melanda Johor dijangka berlarutan hingga Sabtu depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Banjir Johor: Angka mangsa terjejas terus meningkat di 4 daerah
Mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,266 orang daripada 392 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah terjejas, setakat jam 1 tengah hari Sabtu.

Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.

Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.

Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.

Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.

Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.

Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.

1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.