Ekonomi Malaysia yang lembap, kini dilanda COVID-19, telah memberi kesan kepada hartawannya, menurut Forbes Asia yang mengeluarkan Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2020 hari ini.
Forbes Asia berkata, kekayaan 50 hartawan Malaysia merosot untuk tahun kedua berturut-turut berikutan ringgit yang rendah dan susut hampir 10 peratus dalam indeks saham penanda aras negara.
Nilai bersih terkumpul mereka berjumlah AS$79 bilion merosot 7.0 peratus berbanding tahun lepas, katanya.
Legenda perniagaan, Tan Sri Robert Kuok berada pada kedudukan nombor satu lagi dengan nilai bersih AS$11.5 bilion, kedudukan yang dipegang selama lebih dua dekad.
Kuok antara empat dalam senarai yang kekayaannya merosot lebih AS$1 bilion pada tahun lepas.
Mengekalkan kedudukannya dalam senarai nombor dua ialah Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong, yang menambah AS$300 juta dalam kekayaannya sebanyak AS$9.7 bilion.
Tan Sri Ananda Krishnan dari Maxis menduduki tempat ketiga dengan nilai bersih AS$5.9 bilion, susut AS$300 juta berbanding tahun sebelumnya.
Paling terjejas ialah jutawan perbankan Tan Sri Dr Teh Hong Piow (No. 5, AS$4.85 bilion).
Pengasas Public Bank itu menyaksikan kekayaannya menerima kesan daripada cabaran dalam industri perbankan Malaysia, merosot dua anak tangga daripada No. 3 pada tahun lepas.
Teh menyaksikan AS$1.85 bilion berkurangan daripada kekayaannya sejak senarai sebelum ini berikutan saham dalam Public Bank, bank kedua terbesar negara itu dari segi nilai pasaran, merosot kira-kira 30 peratus.
Selain Kuok dan Teh, Tan Sri Lim Kok Thay (No. 7, AS$3.2 bilion) dan Lau Cho Kun dari Hap Seng (No. 10, AS$2.3 bilion) turut menyaksikan kekayaan mereka merosot lebih AS$1 bilion, masing-masing susut AS$1.2 bilion dan AS$1.1 bilion.
Tan Sri Dr Tony Fernandes dari AirAsia (No. 41) dan Datuk Kamarudin Meranun (No. 43) menyaksikan lebih satu pertiga daripada kekayaan mereka, masing-masing merosot kepada AS$335 juta dan AS$315 juta.
Secara keseluruhannya, seramai 22 dalam senarai itu mencatatkan kemerosotan dari segi nilai bersih mereka berbanding tahun lepas, bagaimanapun jumlah sama lebih baik.
Antaranya hartawan kasino Tan Sri Dr Chen Lip Keong, yang beralih kepada kedudukan lima teratas untuk kali pertama di No. 4.
Pertumbuhan yang menggalakkan di kompleks kasino NagaWorld milik Chen di Kemboja, sebelum COVID-19, membantu meningkatkan nilai bersihnya sehingga 6.0 peratus kepada AS$5.3 bilion.
Seorang lagi ialah Kuan Kam Hon (No. 9), yang mempunyai kawalan ke atas Hartalega Holdings, pengeluar sarung tangan getah nitril terbesar dunia.
Nilai bersih beliau meningkat AS$400 juta kepada AS$2.8 bilion, daripada AS$2.4 bilion pada tahun lepas.
Terdapat lima pendatang baharu dalam senarai, dengan yang paling kaya adalah pasangan pewaris.
Mula disenaraikan dengan berada di kedudukan No. 6 ialah Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng, berkongsi AS$4.8 bilion yang ditinggalkan oleh bapa mereka, Tan Sri Dr Lee Shin Cheng, arkitek empayar sawit dan hartanah IOI Corporation Bhd, yang meninggal dunia Jun lepas.
Nama baharu yang lain termasuklah dua usahawan teknologi, Chu Jenn Weng (No. 47, AS$280 juta), pengasas pengeluar produk elektronik ViTrox; dan bekas jurutera Hewlett-Packard Oh Kuang Eng (No. 50, AS$255 juta), yang syarikatnya, Mi Technovation mengeluarkan peralatan semikonduktor. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 05 2020

Tan Sri Robert Kuok berada pada kedudukan nombor satu lagi dengan nilai bersih AS$11.5 bilion, kedudukan yang dipegang selama lebih dua dekad. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.

Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.

Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.

Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.

LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.

Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.

UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.

PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.