KUALA LUMPUR: Kemunculan anjing robot dikenali sebagai Robo Dog buat julung kali di karnival Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini menarik perhatian pengunjung terutama kanak-kanak.
Eksekutif Jangkauan Penyampaian Pembelajaran Petrosains Mohd Faisal Mat Isa berkata Robo Dog dibawa ke pameran selama dua hari bermula semalam itu bagi memperkenalkan teknologi terkini khususnya dalam industri kejuruteraan kepada orang ramai.
"Pada masa kini kebanyakan tugas sudah menggunakan robot, jadi ini salah satu cara untuk kita mendedahkan terutamanya kepada anak-anak kecil dan golongan muda supaya mereka tidak asing serta bertambah minat dengan aktiviti dan program melibatkan sains dan teknologi ini.
"Robo Dog ini antara teknologi terkini di mana digunakan oleh sesetengah agensi sebagai alat bantuan untuk menjalankan kerja-kerja di tempat berisiko dan tidak dapat diakses oleh manusia.
"Sebagai contoh di pelantar minyak, mereka menggunakan Robo Dog untuk memasuki kawasan yang mengalami kebocoran gas atau yang berbahaya kepada pekerja untuk melakukan pemeriksaan," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Robo Dog yang berkaki empat dengan ketinggian kira-kira 15 inci dikawal menggunakan alat kawalan jauh mampu bergerak seakan-akan anjing sebenar malah boleh berjalan, berlari, melompat, duduk atau berubah kepada posisi tidur.
Selain itu, Mohd Faisal berkata pihaknya turut menyediakan lawatan secara Realiti Maya (VR) bagi Petrosains sempena NTW.
"VR ini memberi gambaran kepada pengunjung tentang pelbagai program menarik yang ada di Petrosains dan mereka dapat merasai pengalaman melawat secara maya," katanya.
Beliau berkata orang ramai juga diberi peluang untuk mempelajari cara mengendalikan simulasi dron secara digital dan menyertai aktiviti permainan teka-teki yang menguji minda.
NTW 2024 dianjurkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia (KSM) berlangsung di seluruh negara sejak 24 Jun lepas, manakala penganjuran di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula semalam.
Karnival NTW 2024 ini bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2024
Pekerja Petrosains, Aliff Syafiz, 37, memeriksa Robo Dog sebelum dipamerkan pada karnival Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Robo Dog tarik perhatian pengunjung cilik di NTW 2024
Kemunculan anjing robot dikenali sebagai Robo Dog di karnival Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 menarik perhatian pengunjung terutama kanak-kanak.