IPOH: Isu Surau Al-Karamah di Kampung Sri Keramat, Pasir Puteh di sini mendapat perhatian Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang memberi perkenan agar surau itu tidak dirobohkan sehingga surau baharu siap dibina.
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata susulan titah Sultan Nazrin itu, beliau mengadakan perbincangan khas bagi mendengar taklimat daripada pelbagai jabatan berkaitan.
Perbincangan itu telah merumuskan beberapa perkara dan telah dipersembahkan kepada Sultan Nazrin, katanya.
"Selaras dengan pembangunan yang sedang berlaku di kawasan berkenaan, adalah dicadangkan surau yang sedia ada digantikan dengan surau yang lebih baik di lokasi lain dalam kawasan yang sama setelah berunding dengan jawatankuasa surau dan penduduk di kawasan berkaitan.
"Pihak kerajaan akan menawarkan tapak gantian baharu sementara pihak pemaju akan membiayai sepenuhnya kos pembinaan sebuah surau baharu," katanya dalam kenyataan.
BACA: Roboh surau: Majlis Agama Islam Perak, MB diminta campur tangan
Shubungan itu katanya, surau sedia ada akan terus berfungsi seperti biasa sehingga surau baharu siap dan boleh berfungsi untuk kegunaan penduduk.
Pada 23 April lalu, media melaporkan Jawatankuasa Surau Al-Karamah memohon campur tangan Majlis Agama Islam Perak, Menteri Besar serta Pejabat Tanah dan Galian Perak untuk menghalang tindakan merobohkan surau itu bagi memberi laluan kepada projek perumahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 29 2021

Surau sedia ada akan terus berfungsi seperti biasa sehingga surau baharu siap dan boleh berfungsi untuk kegunaan penduduk. - Gambar fail/ Facebook @Shukrie Ibrahim
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Roboh surau: Sultan Nazrin titah tangguh sehingga surau baharu siap dibina
Isu Surau Al-Karamah di Kampung Sri Keramat, Pasir Puteh di sini mendapat perhatian Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Roboh surau: Majlis Agama Islam Perak, MB diminta campur tangan
Jawatankuasa Surau Al-Karamah di Kampung Sri Keramat di sini memohon campur tangan pihak berkuasa.