KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap seorang lelaki selepas mendapatinya bersalah atas pertuduhan merompak seorang wanita bersenjatakan sebilah pisau tolak, tahun lepas.
Hakim Norina Zainol Abidin berkata Mohammad Faizal Roslan yang tidak diwakili peguam, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya di akhir kes pembelaan.
"Setelah mahkamah meneliti semula keterangan saksi-saksi pendakwaan dan mendengar keterangan saksi pembelaan iaitu tertuduh, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kesalahan atas pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 392 dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan," katanya.
Mohammad Faizal, 31, didakwa merompak dengan bersenjatakan sebilah pisau tolak terhadap Nor Hazirah Mohd Azral, 25, dengan meragut telefon bimbit wanita itu sehingga menyebabkan kerugian RM1,000.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail, Dang Wang di sini pada 4.30 petang, 29 April 2023 mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan denda dan sebat.
Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lyn memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara maksimum dan sebat sebagai pengajaran kepada tertuduh.
"Berdasarkan trend kebanyakan kes, tertuduh yang mengaku bersalah dikenakan hukuman penjara bagi tempoh antara lima hingga sembilan tahun dan untuk sebatan, tiga hingga lima sebatan.
"Dalam kes ini, tertuduh telah melalui perbicaraan penuh. Mohoh mahkamah jatuhkan hukuman berat," katanya.
Bagaimanapun ketika ditanya Norina berkenaan rayuan, Mohammad Faizal memaklumkan dia tidak mempunyai sebarang rayuan.
"Saya tiada apa rayuan, kalau mahkamah dapati saya bersalah saya terima hukuman. Saya tiada keluarga dan saya belum berkahwin, ibu saya masih ada...dia sekarang berusia 60 tahun," kata tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024

Mohammad Faizal Roslan yang tidak diwakili peguam, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya di akhir kes pembelaan. - Gambar hiasan

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Israel rompak 100 lori bantuan makanan ke Gaza
Insiden itu dianggap misi pemberian bantuan terburuk sepanjang tempoh 13 bulan perang di wilayah bergolak itu.

Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.

Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.

Rompak guna pisau tolak, lelaki dipenjara 10 tahun dan tiga sebatan
Mohammad Faizal Roslan yang tidak diwakili peguam, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya di akhir kes pembelaan.

Konvoi bantuan di Gaza diserang, dirompak tanpa pelaku dihadapkan ke muka pengadilan
Philippe Lazzarini berkata konvoi bantuan kemanusiaan juga dihalang daripada memasuki Gaza.

Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.

Pekerja besi buruk dipenjara enam tahun, satu sebatan rompak wanita warga Jepun
Akibat merompak seorang wanita warga Jepun dan menggunakan kad bank mangsa untuk membeli empat paket rempah kari, seorang pekerja besi buruk dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan.

Pegawai operasi didakwa rompak, cedera warga emas guna kayu besbol
Seorang pegawai operasi sebuah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompakan bersenjata dan mencederakan dua warga emas.

Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas dirompak
Dua lelaki dipercayai pembekal barang kemas berdepan detik cemas apabila barangan bernilai lebih RM1 juta yang dibawa mereka dirompak di belakang sebuah kedai emas.

Polis buru suspek rompak kedai Bulgari di Paris
Kedai Bulgari itu terletak di Place Vendome dan telah menjadi sasaran perompak sebelum ini.