PASIR MAS: Rondaan berkuda di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dijangka akan bermula Mac ini dalam usaha membendung kegiatan jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali berkata, sebagai langkah awal, Unit Berkuda dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan turun ke kawasan sempadan di negeri ini untuk membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum memulakan operasi.
"Menerusi maklumat yang dikumpulkan, kita akan membuat ketetapan berapa jumlah kekuatan anggota diperlukan untuk penugasan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tangan Bersalaman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini, pada Rabu.
Pada majlis tersebut Hazani turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga angkat IPD Pasir Mas.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.
Menurutnya, bentuk muka bumi di negeri ini berbeza apabila ada rumah penduduk berada di gigi sungai, sekali gus menyukarkan anggota Unit Berkuda FRU membuat rondaan.
Beliau berkata, melalui rondaan itu pihaknya akan mengumpul maklumat berkaitan lokasi 'panas' yang sering menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan.
Hazani berkata, ketika ini, sebanyak sembilan ekor kuda telah digunakan untuk mengawal sempadan Malaysia-Thailad di Kedah dan Perlis.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 02 2022
Hazani (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada keluarga asnaf semasa merasmikan Program Tangan Bersalaman di IPD Pasir Mas, pada Rabu. -Foto Sinar Harian
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Rondaan berkuda di sempadan Kelantan mulai Mac ini
Sebagai langkah awal, Unit Berkuda FRU akan turun ke kawasan sempadan di negeri ini untuk membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum memulakan operasi.