KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes saman difailkan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan terhadapnya berhubung kehilangan lebih 40 barang kemas.
Peguam Rajivan Nambiar mewakili Rosmah selaku defendan berkata permohonan yang difailkan pada 7 Jun itu adalah bagi menunggu rayuan anak guamnya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman itu diputuskan Mahkamah Rayuan.
"Pada prosiding di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Norhaina Zulkifli hari ini, mahkamah menetapkan 16 Ogos ini untuk pendengaran permohonan itu secara dalam talian di hadapan Hakim Ong Chee Kwan," kata peguam itu ketika dihubungi hari ini.
Global Royalty selaku plaintif memfailkan saman pada 29 Mei tahun lepas, mendakwa Rosmah telah berbohong dengan menyatakan 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang diserahkan seorang ejen syarikat itu kepadanya telah dirampas pihak berkuasa Malaysia untuk kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Menurut syarikat yang berpangkalan di Beirut itu, ini kerana hanya satu daripada 44 barang kemas berkenaan berada dalam simpanan dan kawalan pihak polis dan baki 43 barang kemas milik plaintif tidak berada dalam simpanan pihak berkuasa.
Global Royalty juga mendakwa isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu mengalihkan beban kepada kerajaan Malaysia sedangkan barang kemas itu sebenarnya telah hilang.
Syarikat itu pada mulanya menyaman Rosmah pada 26 Jun 2018 dan menuntut dia memulangkan kembali 44 unit barangan kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih, atau membayar harga untuk semua barangan kemas berkenaan yang berjumlah AS$14.79 juta.
Bagaimanapun saman itu ditarik balik pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Global Royalty juga mendakwa isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu mengalihkan beban kepada kerajaan Malaysia sedangkan barang kemas itu sebenarnya telah hilang. - Gambar fail

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana akan mengambil beberapa langkah penting bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.

Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.

Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.

Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.

Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.

Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.

Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.

Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.