KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid memohon maaf kepada mangsa banjir di kawasan itu kerana tidak dapat bertemu mereka memandangkan beliau sedang menjalani kuarantin setelah dijangkiti COVID-19.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu memaklumkan perkara tersebut melalui perkongsiannya dalam hantaran di laman Facebook malam ini.
"Saya terkilan dan mohon maaf kerana tidak dapat pulang ke kawasan menjenguk mereka yang terjejas dengan banjir buat masa ini kerana sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19. Maaf kerana tidak dapat bersama anda semua, keluarga Hulu Terengganu dalam waktu sukar ini.
"Namun begitu saya mengikuti rapat perkembangan banjir di Hulu Terengganu khususnya dan telah mengarahkan pegawai dan petugas Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Terengganu untuk menggerakkan misi bantuan kepada mangsa banjir secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata sejak pagi semalam, semua petugas dengan bantuan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu telah mula menyalurkan pelbagai bantuan awal berupa makanan seperti beras, mi segera, roti, biskut serta minuman selain selimut, tilam, pakaian dan kelengkapan diri kepada mangsa banjir.
"Saya juga telah meminta petugas supaya sentiasa bersedia dan mengenal pasti mangsa yang memerlukan bantuan supaya dapat dibantu sewajarnya dengan segera. Di peringkat kementerian, saya akan menyelaraskan bantuan tabung makanan untuk mangsa banjir bagi meringankan bebanan mereka," katanya sambil menasihati peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terutama makanan.
Rosol juga berkata setakat ini, bekalan makanan dan keperluan dilaporkan mencukupi termasuk di kawasan banjir namun jika ada sebarang masalah, orang ramai boleh menghubungi talian aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022

Datuk Rosol Wahid memohon maaf kepada mangsa banjir di kawasan itu kerana tidak dapat bertemu mereka memandangkan beliau sedang menjalani kuarantin setelah dijangkiti COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Langkah Dubai: Rosol yakin kerajaan akan bertukar
Ini kerana rakyat ketika ini tidak berpuas hati berhubung isu melanda negara terutama melibatkan kos sara hidup serta kenaikan harga barang.

PRU15: PN Terengganu kemuka senarai calon pada 3 Nov - Rosol
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan senarai calon yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di Terengganu pada PRU15, 3 November depan.

Kartel ayam: MyCC lanjut tempoh representasi lima syarikat ke 19 Disember
Representasi itu bagi tujuan untuk pihak terbabit mengemukakan bukti sekali gus menafikan kesalahan menaikkan kuantum harga makanan ternakan itu sebelum ini.

Bekalan makanan cukup sempena Deepavali - Rosol
Bekalan makanan dan keperluan pada musim perayaan Deepavali dijamin mencukupi, kata Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Rosol Wahid.

Perkasa peranan Rakan KPDNHEP melalui pemberian insentif
Kini terdapat lebih 800,000 Rakan KPDNHEP yang berdaftar di seluruh negara, namun hanya 10 peratus yang benar-benar aktif.

KPDNHEP akan bincang dengan pembekal isu bekalan telur ayam - Rosol
KPDNHEP akan berbincang dengan pihak pembekal telur ayam di negara ini bagi menyelesaikan masalah bekalan bahan makanan itu yang disifatkan tidak stabil di pasaran.

Lebih ramai penduduk pedalaman, luar bandar nikmati harga barang lebih murah tahun depan
Peruntukan RM200 juta melalui Bajet 2023 bagi menampung kos pengangkutan untuk Program Penyeragaman Harga dan Pengedaran Barang Perlu.

KPDNHEP teruskan Program Food Bank Malaysia bantu mangsa banjir
Bagi membantu mangsa banjir sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka melanda tidak lama lagi.

KPDNHEP bincang isu bekalan telur ayam Isnin ini
Rosol berkata, ketika ini situasi bekalan telur ayam di dalam negara masih terkawal.

KPDNHEP rancang adakan KBM lebih besar tahun hadapan
Karnival itu akan diadakan seperti MAHA yang mengumpulkan semua barangan tempatan di One-Stop Showcase.