KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) akan menyemak semula harga bagi produk-produk Gardenia berkuat kuasa 1 Disember ini.
Menerusi satu kenyataan, Gardenia KL berkata, peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan mereka meletakkan syarikat itu dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga.
Gardenia KL memaklumkan amat terkesan dengan cabaran ketika pandemik dan berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah selama ini namun peningkatan ketara baru-baru ini menghadirkan cabaran berbeza.
“Semakan harga itu melibatkan produk dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.
“Harga produk lain yang disemak semula juga meliputi rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.
“Semakan harga ini dilaksanakan ekoran kenaikan harga bahan mentah, antara lain termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan,” menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu.
“Gardenia KL akan terus memberi tumpuan menggiatkan usaha kami untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang kami.
“Kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan berharap anda memahami keputusan sukar yang terpaksa kami laksanakan,” ujar syarikat itu.
Hari ini tular dalam media sosial sekeping surat dari syarikat itu kepada peruncit, memaklumkan mengenai kenaikan harga bermula 1 Disember ini.
Berdasarkan senarai tersebut, sebanyak 38 produk tersenarai dan akan mula dijual pada harga baharu bermula dari tarikh tersebut.
Berikut antara harga baharu produk yang ada dalam surat yang tular itu:
1. Gardenia QuickBites Cream Roll (semua perisa) - RM1
2. Gardenia Original Classic - RM2.80
3. Gardenia Original Classic Jumbo - RM4.00
4. Gardenia Bonanza Big Value - RM3.10
5. Gardenia Wholemeal - RM3.60
6. Gardenia Delicia (semua perisa) - RM5.00
7. Gardenia Toast’em (semua perisa) - RM5.00
8. Gardenia Fluffy Buns (semua perisa) - RM3.70
9. Gardenia Twiggies (semua perisa) - RM1.80
10. Gardenia Waffles (semua perisa) - RM1.40
11. Gardenia Puazz! Sambal Bilis - RM1.30
12. Gardenia NuMee - RM1.70
Ridauddin Daud
Thu Nov 25 2021
Semakan harga itu melibatkan produk dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ASEAN 2025: Malaysia ulangi sokongan jadikan Timor Leste anggota penuh
Timor Leste yang memperoleh kemerdekaan pada 2002 memohon untuk menyertai ASEAN pada 2011.
Kerajaan India siasat kematian misteri di Kashmir
Kerajaan persekutuan India mengarahkan pembentukan pasukan antara kementerian untuk menyiasat kematian misteri di sebuah kampung di Kashmir yang dikuasai India.
One Cent Thief 2 dilancar dengan gimik mendebarkan satu Bukit Bintang
Gimik pelancaran One Cent Thief musim kedua yang berlangsung di Bukit Bintang malam tadi berjaya mencuri perhatian ramai dengan elemen dramatik yang memukau.
PUSPAKOM jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan Puspakom cawangan Johor Bahru, yang tular di media sosial baru-baru ini.
KPDN rampas 667 kg minyak masak botol dijual melebihi harga pasaran
KPDN Perak merampas 667 kilogram (kg) minyak masak botol bernilai RM4,148.70 selepas disyaki dijual melebihi harga kawalan ditetapkan.
Jumlah mangsa banjir Sabah 1,054 mangsa
Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.
Amaran ribut petir, hujan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak sehingga jam 1 tengah hari ini.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program best
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif itu bagi mendorong pembudayaan persekitaran bersih dalam kehidupan seharian masyarakat di Wilayah Persekutuan.
TikTok beritahu pengguna A.S perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok memaklumkan kepada 170 juta penggunanya di Amerika Syarikat pada Sabtu bahawa perkhidmatan aplikasi itu tidak lagi tersedia buat sementara waktu.
Gardenia KL sahkan harga roti naik, terkesan akibat banjir, krisis bekalan
Pengeluar produk roti, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengesahkan beberapa produknya akan mengalami kenaikan harga bermula 1 September ini.
KPDNHEP komited pantau punca kenaikan harga barangan di pasaran
KPDNHEP akan memanggil pihak syarikat itu pada Jumaat untuk memperoleh maklumat mengenai punca kenaikan harga produk berkenaan.
Gardenia naikkan harga roti
Beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal menyaksikan peningkatan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember.